JAUHI ZINA
BALASAN PERBUATAN ZINA KETIKA DI DUNIA JUGA AKHIRAT
Berbagai balasan yg mrupakn hukuman yg terpaksa diterima
oleh para penzina ketika di dunia. Balasan & azab siksa akn mjadi lbh
dahsyat lagi di akhirat kelak – sama ada ktk di Padang Mahsyar, di Titian
Sirodh atau pun di dlm neraka Jahanam. Banyak ayat2 al-Quran serta hadis2 yg
menceritakan kedahsyatan siksaan di dlm kawah api neraka. (Wa Na’uzu bi Allahi
min zaalik!)
Rasulullah SAW juga ada memberitahu bahawa kesalahan berzina
akan dibalas oleh Allah ketika penzina masih hidup dan berada di dunia lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
"Dua (2) kejahatan akan dibalas oleh Allah ketika di
dunia: zina dan derhaka kepada ibu bapa." (Riwayat Thobaroni)
Antara hukuman atau balasan yang akan diterima oleh para
penzina ketika masih berada di dunia lagi dan juga di akhirat ialah:
1. Sabda Rasulullah SAW:
Wahai kaum Muslimin! Jauhilah perbuatan zina kerana padanya
ada 6 macam bahaya, 3 macamnya di dunia dan 3 macam lagi di akhirat. Adapun
bahaya yang akan menimpanya di dunia ialah:
1. Lenyapnya cahaya dari mukanya
2. Memendekkan umur
3. Mengekalkan kemiskinan.
Adapun bahaya yang bakal menimpa di akhirat kelak ialah:
1. Kemurkaan Allah Ta’ala
2. Hisab (perhitungan) yang buruk
3. Siksaan di neraka.
(Riwayat Baihaqi)
2. Sabda Rasulullah SAW lagi:
Berhati-hatilah kamu tentang zina. Sesungguhnya pada zina
itu ada enam (6) hukuman. Tiga semasa di dunia dan tiga lagi di akhirat. Adapun
di dunia ialah:
1. rezekinya akan berkurangan,
2. hilang keberkatan hidup, dan
3. ruhnya akan keluar dari badan dalam keadaan terlindung
dari Allah Ta’ala. Allah tidak akan melihat kepada ruhnya.
Adapun nasib yang akan menimpanya di akhirat ialah:
1. Allah akan melihat kepadanya dengan pandangan kemurkaan,
yang menyebabkan mukanya akan menjadi hitam.
2. Dia akan ditarik mukanya dengan rantai ke neraka (api)
yang paling besar.
3. Kiraan amalannya akan dilakukan dengan teliti dan ketat.
Selain dari balasan dunia dan juga siksaan di akhirat, ada
juga hukuman azab ketika berada di dalam kubur bagi mereka yang berzina ketika
di dunia.
3. Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang memenuhkan (menggunakan) matanya kepada yang
haram, Allah akan memenuhkan matanya dengan bara api neraka Jahanam. Sesiapa
yang berzina dengan wanita yang haram baginya, Allah akan meletakkannya di
dalam kubur dengan penuh kehausan, berbogel, menangis, dan sedih. Wajahnya akan
dihitamkan seperti gelap gelita. Di tengkuknya akan digantung dengan ikatan rantai
dari neraka. Dia akan dipakaikan dengan baju dari api neraka pada tubuhnya.
Allah tidak akan berbicara dengannya pada hari kiamat. Dia juga tidak akan
disucikan (dimuliakan) dan bagi mereka azab yang amat pedih.
Balasan-balasan serta hukuman lain ketika berada di akhirat
kelak ialah:
4. Sabda Rasulullah SAW:
Tiga golongan manusia Allah tidak akan berbicara kepada
mereka pada hari kiamat, tidak akan memandang kepada mereka, dan tidak akan
mensucikan mereka, sedang mereka akan ditimpa siksaan yang pedih, iaitu:
1. Orang tua yang berzina
2. Seorang raja yang pendusta
3. Orang melarat yang sombong.
(Riwayat Muslim dan Nasa’I)
Hadis ini menerangkan bahawa balasan yang akan diterima oleh
orang tua yang berzina pada hari kiamat kelak ialah Allah tidak akan berbicara
dan memandang kepada mereka, sedang mereka tidak akan disucikan (diampunkan
dosa) dan akan ditimpakan azab siksa yang pedih. Wa al-‘iyazu bi Allah!
5. Sabda Rasulullah SAW:
Ahli neraka akan menjerit akibat bau yang terlalu busuk dari
kemaluan orang yang berzina.
Antara balasan yang akan diterima oleh para penzina di
akhirat kelak ialah mereka akan dihumbankan ke dalam neraka dan kemaluan mereka
akan mengeluarkan bau yang terlalu amat busuk sehingga menyebabkan para
penghuni neraka yang lain menjerit-jerit kemarahan dan merasa tertekan dengan
bau yang kuat dan busuk itu! Wa na’uzu bi Allahi min zalik!
6. Rasulullah SAW bersabda lagi:
Mafhumnya:
Penzina, pada hari kiamat, akan datang dalam keadaan
kemaluan mereka bernyala dengan nyalaan api. Semua makhluk mengenali mereka
kerana bau kemaluan yang terlalu busuk. Muka-muka mereka akan ditarik ke
neraka. Apabila mereka memasuki neraka, malaikat Malik akan memakaikan mereka
dengan sepasang baju besi dari api neraka. Sekiranya baju besi tersebut
diletakkan di atas sebuah gunung, nescaya ia akan lebur menjadi abu. Malaikat
Malik akan berkata: “Wahai sekalian malaikat, cucukkan mata-mata mereka dengan
paku-paku besi sebagaimana mereka melihat kepada yang haram. Ikatkan
tangan-tangan mereka dengan ikatan api neraka sebagaimana mereka
melangkaukannya (memeluk) kepada perkara yang haram. Ikatkan kaki-kaki mereka
dari ikatan api neraka sebagaimana mereka berjalan kepada tempat yang haram.
Malaikat Zabaniah akan berkata: “Ya…Ya…! Malaikat Zabaniah mengikat
tangan-tangan serta kaki-kaki mereka, dan mata-mata mereka dicucuk dengan paku
neraka. Mereka semua akan menjerit dan berkata: “Wahai sekalian malaikat
Zabaniah! Kasihanilah kami …! Ringankanlah kami dari azab siksa buat seketika.”
Malaikat Zabaniah akan berkata: “Bagaimana kami hendak mengasihi kamu sedangkan
Allah Yang Maha Pengasih begitu amat memurkai kamu.”
Demikianlah nasib yang buruk bagi orang yang melakukan zina
semasa di dunia. Rayuan demi rayuan tidak diendahkan. Hukuman dan siksaan tetap
diteruskan bagi menghukum mereka.
Semasa Isra’ dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW menyaksikan
balasan yang diterima oleh orang-orang yang berzina.
7. Hadis Rasulullah SAW menyatakan:
Pada malam Isra’, aku melihat di dalam neraka sebuah
pembakar dari tembaga. Kepalanya kecil dan bawahnya luas. Di dalamnya ada
wanita dan lelaki yang dikurung bersama ular-ular dan kala jengking. Ia akan
menyengat dan menggigit mereka. Ular pula akan mematuk mereka dengan
menyalurkan bisa di setiap tempat patukan hingga mengalir di antara keduanya.
Kala pula akan menyengat mereka di setiap tempat. Sekali sengatan racun akan
masuk ke dalam daging. Kemaluannya akan mengeluarkan nanah sehingga ahli neraka
yang lain menjerit kerana terlalu busuk. Perasaan ahli neraka tertekan dengan
kehadiran mereka. Aku bertanya: “Siapa mereka itu?” Jibril menjawab: “Lelaki
dan wanita yang berzina.”
Marilah kita berlindung kepada Allah Yang Maha Pengasih
daripada perlakuan-perlakuan buruk ahli neraka, azab siksa neraka, dan
kemurkaan Allah Ta’ala.
Bagi mereka yang berzina dengan isteri lelaki-lelaki lain,
mereka akan dilaknat oleh semua makhluk ciptaan Allah. Ini jelas sekali dalam
sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang berzina dengan wanita yang telah bersuami,
mereka akan menerima azab separuh umat. Pada hari kiamat Allah Ta’ala akan
memberi suaminya kebaikan yang diambil dari lelaki yang berzina dengan
isterinya. Dosanya pula akan diberi kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut
akan digiring ke neraka oleh malaikat Zabaniah sekiranya suami wanita tersebut
tidak mengetahui. Sekiranya dia mengetahui perbuatan isterinya berzina dengan
lelaki lain, sedangkan dia hanya mendiamkan diri, Allah Ta’ala akan
mengharamkannya dari memasuki syurga.
Allah Ta’ala akan menulis di pintu syurga: “Engkau haram
(memasukinya) kerana dayus, sedangkan engkau tahu akan perbuatan keji yang
dilakukan oleh ahli keluarga engkau. Engkau tidak akan memasuki syurga buat
selama-lamanya. Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi serta gunung ganang
akan melaknat orang yang berzina dan dayus.
Hindarilah diri kita dari perbuatan zina dan dari menjadi
manusia yang dayus. Dan jauhilah diri dari mendapat laknat Allah, malaikat,
manusia, dan sekalian makhluk.
9. Sabda Rasulullah SAW lagi mengenai perkara yang berkaitan
dengan zina:
Sesiapa yang berjabat tangan dengan wanita yang haram
baginya, maka pada hari kiamat kelak tangannya akan diikat ke tengkuk dengan
rantai dari api neraka.
Sesiapa yang mencium (mengucup) wanita yang haram baginya,
malaikat Zabaniah akan meminjamkan bibirnya dari api neraka (untuk dikucup).
Sekiranya berzina dengannya (wanita haram), dua pehanya akan
berkata di hadapan Allah Ta’ala: “Aku telah melakukan ini dan ini…” Allah
Ta’ala akan memandangnya dengan pandangan kemurkaan. Daging mukanya akan luruh
dan hanya tulang-tulang muka sahaja yang tinggal tanpa daging. Allah Ta’ala
akan berfirman kepada daging: “Kembalilah dengan izinKu! Maka daging itu
kembali ke muka. Ia kekal di muka dalam keadaan terlalu hitam dari kubur dan
kegelapan.
Hamba/manusia cuba takbur di hadapan Allah Ta’ala lalu
berkata: “Aku tidak berbuat dosa kepadaMu, wahai Tuhan, buat selama-lamanya.”
Allah Ta’ala berfirman kepada lidah: “Engkau menjadi bisu!”
maka dengan serta merta lidah menjadi bisu.
Tangan berkata: “Tuhanku, aku pernah mengambil benda yang
haram.” Mata pula berkata: “Aku telah melihat perkara yang haram.” Kaki juga
berkata: “Aku berjalan di tempat yang haram.” Kemaluan berkata: “Aku telah
melakukannya dan aku telah melakukannya.”
Berkata pula malaikat penjaga: “Aku telah mendengarnya.”
Malaikat penulis juga berkata: “Aku telah menulisnya.” Bumi juga turut berkata:
“Aku telah melihatnya.” Allah Ta’ala berfirman pula: “Demi Aku, demi
KeagunganKu dan demi KetinggianKu, Aku membawanya dan menutupnya. Wahai
malaikatKu, tangkaplah dia dan lemparkan dia di dalam azab. Aku memurkainya.
KemurkaanKu akan memuncak bagi mereka yang menderhaka kepadaKU dan orang-orang
yang tidak malu kepadaKu.”
Ini satu video pengugguran janin luar nikah :/ Astagfirullahhalazim ....
No comments:
Post a Comment