Friday, May 23, 2014

                                   PELUKLAH ISTERI DISAAT DIA MENANGIS



Bila isterimu menangis dihadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluklah dengan erat,

Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah terasa lebih nyaman dan damai selain menangis dalam pelukkanmu!!

Bila isteri mengatakan tentang kesalahanmu, tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua kerana diaa peduli padamu. Anggaplah leteran adalah hiburan baginya.

Bila isteri sedang kesal dan mengabaikanmu, jangan ikutkan perasaan dengan tidak mempedulikannya juga, ini adalah penolakan yang sia-sia. Alhirnya hal kecil menjadi lebih rumit dan berkait-kait sehingga terungkit-ungkit.

Bila isteri tidak mahu mendengarkanmu, merasa keletihan dan mengendahkanmu seketika, janganlah dirimu sebagai suami terasa hati. Kejarlah dirinya seperti kamu kejarnya ketika belum memilikinya dahulu. Pujuknya dengan ceritamu, buatnya kembali ketawa dan pastinya buat dirinya kembali bertenaga dengan cintamu.

Bila kau sungguh mencintainya, apakah kau tegar meninggalkannya sendirian..??

Bila isterimu berkata "Kamu pergi saja" aku tidak mahu mempedulikanmu'' jangan percaya begitu sahaja, mungkin itu hanya dibibir saja,sedang hatinya tidaklah demikian, sebenarnya itu keadaan yang sangat-sangat dia memerlukanmu sebagai insan yang dirinya sayang!

Bila isterimu marah, suasana hatinya selepas marah pasti akan gundah sehingga ada yang tidak lalu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu semuanya.

Belikan makanan kesukaannya, tunggu suasana hatinya membaik dan berikan pada dia, jangan menggunakan ancaman bahwa kamu juga tidak mau makan..!!

Hargai isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamanya..!!

Betul kan?

Hargai isteri anda, kerana sangatlah beruntung anda dicintai oleh seorang wanita yang begitu setia bersama anda. Sedang ramai di luar sana mencari cinta sejati dari seorang gadis untuk diperisterinya, sedang dia diuji untuk masih dengan tanggungjawabnya dan bersendirian... Peluklah isteri anda sekarang juga.


Ramai yang beranggapan, apabila sebut walimah pastinya inginkan majlis perkahwinan yang sangat indah, meriah, dengan mendesak mahukan pakaian dan pasangan yang kacak/cantik, hinggakan cacat cela sedikit seperti muka berjerawat disuruh hilangkan cepat-cepat kalau mahu kahwin dirinya, andai duit tak cukup nak buat belanja kahwin, cari banyak-banyak lagi untuk jemputan yang ramai, bertempat pula di dewan/hotel, jika tak dapat jangan kahwin dirinya, dan pelbagai lagi permintaan... Sedihnya jika anda bertemu pasangan begini, tidak ditunaikan dikatakan lokek/kedekut.

Hakikatnya, semua itu SEHARI. Bandingkan diri anda dengan seorang wanita yang impikan lelaki soleh yang sederhana namun tinggi nilai cinta dan imannya. Pastinya sepanjang perkahwinan yang bukan sehari, tetapi seumur hidup anda merasa indah.

Tidak salah perkahwinan yang indah, namun hingga membazir dan membebankan sehingga berhutang bukan gaya berfikir orang beriman.

                                       Tak Percaya Ujian Itu tanda Allah Cinta Kita?


“Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir”

Lagu : Hasbunaallah [ Yoga Al Ghazali ft. Ajeng ]

Dalam kita meniti kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap dari kita pasti tidak akan lepas dari menempuh sebarang ujian.

Anda percaya atau tidak, ujian ini adalah tanda Allah cinta kita, buat kita semua?

“ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. “ 

( Al Ankabut 2-3)

Nah..

Jelas bukan?

Allah menguji kita kerana DIA ingin jadikan kita orang yang beriman. Tidak inginkah kita menyahut cabaran hebat dari Allah ini?

Tanda Allah Cinta kita

Ya. Saya sangat pasti di saat kita diuji dengan sesuatu ujian itu, pasti kita kadang-kadang jatuh tersungkur, terasa susah untuk bangkit dan terus melangkah.

Namun, persoalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita ialah, adakah apabila kita ditimpa dengan sesuatu ujian itu menyebabkan kita hilang nyawa? Hilang oksigen?

Tidak bukan.

Kita masih lagi mampu berjalan walaupun mungkin perlahan. Kita masih lagi mampu tersenyum walaupun tawar.

Alhamdulillah, kita masih lagi hidup.

Kerana apa?

Ya. Sudah tentu kerana keizinan dari Allah.

Peluang yang DIA berikan untuk kita menghadapi segalanya dengan penuh keimanan & ketaqwaan. Bukankah ini tanda Allah cinta kita?

Apa yang lebih utama, percaya atau tidak.

Di saat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita. Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita.

Kerana di saat itu, kita tahu.

Hanya ALLAH yang mampu untuk membantu kita.

Maka. Dari situlah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk. Doa dengan penuh rendah diri diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran.

Hati sentiasa basah dengan zikirullah. Subhanaallah.. Jika kita mampu melihat meter amalan kita pada waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200%! Allahu Akhbar.

Sayangnya Allah pada kita. Kerana di saat inilah kita merasakan Allah sahajalah satu-satunya yang paling hampir dengan kita.

Percayalah…

Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.. Namun, bisa sahaja kita yang meninggalkanNya.

Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya.

Ayuh! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNya,

Sebelum tiada lagi waktu yang setia bersama kehidupan kita.

Demi Cinta Yang Suci 


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diri daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan isteri dan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu, terbaik buat agamaku, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku.

Kenapa Letakkan Allah SWT Dengan Harga Yang Murah? 



Seorang kenalan, muslimah yang baru meletakkan hijab di atas kepalanya, telah membuka hijab pada hari perkahwinannya. Sedih, memang sedih dan terkejut dengan berita itu.

Kenapa adikku?

Pakai tudung tak nampak cantik di atas pelamin?

Jadi tujuan walimatul urus adalah untuk mempertontonkan kecantikan itu kepada yang bukan muhrim?

Kenapa letakkan Allah SWT pada harga yang murah semata-mata nak nampak cantik dalam foto perkahwinan? Bukan nak merendahkan awak tapi memang terkejut.

Kenapa?

Sebab mak andam suruh?

Kenapa diturutkan kata mereka yang jahil itu. Hijab dan menutup aurat masih perlu dititikberatkan pada hari perkahwinan, masih menjadi wajib dan perlu mengikut syariat. Islam dan syariat tidak boleh direhatkan pada masa-masa tertentu.

Hanya dengan bisikan syaitan dan pujuk rayu, kau melemparkan hijab yang telah menutup maruah dan dirimu untuk sekian lama. Tidakkah kau rasa bogel, apabila diri itu dipertontonkan, apabila kecantikan dijunjung oleh orang selain suamimu.

Jadi, mana haknya sebagai suamimu apabila isteri menjadi bualan nafsu lelaki lain?

Apa makna mahar yang diberi dan ijab kabul yang dilafaz?

Tudung bukan hanya sekeping kain yang boleh diketepikan tetapi disebaliknya adalah tuntutan dari Yang Maha Esa. Bukankah tujuan hidup ini adalah untuk menyembah dan beribadat padaNya?

Nak jadi pengantin yang cantik tak perlu menayangkan aurat dan rambut. Kerana biarlah kau nampak hodoh di mata mereka tetapi secantik bidadari di mata suamimu.


Tips menghafal Al Quran . 



1.DOA PEMBUKA


Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.

--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.


Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.

4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.

Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya...

5.DOA PENUTUP

Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.

5.TASMIK.

Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar 1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.

Ini cara saya . sekadar berkongsi 

Hakikat pemuda pemudi, terikat perasaannya sama ada sedang menanti yang belum pasti, sedang memujuk hati daripada kecewa, atau sedang terpesona dengan cinta.

Entahkan berapa banyak masa dan air mata dibazirkan kerana kecelaruan hati yang dirasa. Sedangkan, 'mereka' yang membuatkan hati kamu kecewa kerana bermain-main soal cinta ini sedang sibuk dengan urusannya tanpa peduli bagaimana kamu mengharungi setiap hari.

Sama ada mereka kejam atau kita yang bangang. Kasarnya bahasa? Tidaklah, yang kasar adalah apa yang hatimu telah buat seluruh jasad dan akal kamu terleka dengan semua perasaan ini.

Berhenti daripada membiarkan hati merindu dan menyeksa perasaan diri untuk yang belum haknya, pedulikan mereka yang hatinya tidak tetap kerana mana mungkin hati yang bolak balik mampu membahagiakanmu? 

Kenapa saya kecewa selepas bertahun-tahun bersulam cinta?

Boleh jadi kerana dosa-dosa yang kamu lakukan berdua dahulu menjadi penyebab hubungan itu tidak berhasil. 

Jika dahulu dengan rela kamu bebaskan tangan yang bukan halal bagi kamu memegang tempat-tempat yang seharusnya kamu khususnya buat pasangan halalmu, jika dahulu kamu biarkan bibirmu mengucap janji dan cinta yang seharusnya dilafaz hanya untuk yang Allah jodohkan untukmu, jika dahulu kakimu mudah sahaja melangkah bersama si dia ke mana sahaja tanpa restu orang tuamu, mulalah kini bersendiri dengan mendekatkan diri pada pencipta cinta yang hakiki.

Bebaskan diri, bersendirilah membina dan memperbaiki diri, capai impianmu. Sibukkan diri dengan usahamu dan ibadahmu hingga keletihan memikirkan nafsu dan maksiat yang dahulu kamu bergelumang dengannya.

Kelak dalam perjalanan itu, Allah temukan dengan seseorang yang sama jalannya dengan kamu. InsyaALLAH.


Why Don't I Have A Boyfriend





Muslimah's, please memorize this.
Found this on Facebook. Felt the need to spread the word.

She asked her: Why don’t you have a boyfriend?

She replied with confidence: You tell me. Why would I have a boyfriend? I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours. First, I am a believer, I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him.

Allah says in Qur’an: “Nor those who take [secret] lovers." (surat Al-Nisa-25). Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in sha Allah. I am preserving myself to him only.

My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty.

Dear Muslimah's. Know your worth, and Be that One In Million who love to have the love of their Lord more than the love of a boyfriend

Thursday, May 22, 2014

Assalamualaikum wbt

Jodoh kita ni , kita tak boleh jangka .


Jodoh itu rahsia Allah .


Sekuat apa kita setia , selama mana kita menunggu , sekeras mana kita bersabar , sejujur mana kita menerima kekasih kita .

Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita . Namun , bukan kita penentu segalanya . Tapi DIA , ALLAH .

Jika jodoh kita dengan kekasih kita tidak ditulis oleh Allah di Luh Mahfuz , kita tetap tak akan bersamanya . So , think positive dan terimalah takdirNya . 

Tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat . Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang . Dan sebaik baik rancangan adalah dari Allah :)

Bila tak ada jodoh , bukan sebab dia tak baik untuk kita atau sebaliknya .

Allah has already written the names of your spauses for u . He will send him/her to u when u're ready . Why ? Sebab DIA sayangkan kita . Janganlah kita sesekali menjauhi DIA .

Walau digenggam kuat , andai ia bukan milik kita , ia akan terlepas jua .
Walau ditolak ke tepi , andai ia untuk kita , ia akan datang jua .
Itulah namanya JODOH :)


Jangan sangka orang yang kita cintai tu adalah jodoh kita . Dan jangan sangka orang yang kita benci tu bukan jodoh kita

Biarlah jodoh itu kekal menjadi rahsia . Tak usah terburu buru nak mengejarnya .  Yang penting , kita harus mempersiapkan diri untuk hari yang akan datang .  

Jodoh itu pintu bahagia . Kalau kita rela menerima takdir tersebut , kita akan menemui kunci bahagia itu . Sentiasalah kita berdoa agar diberikan insan yang baik buat diri kita . Bahagia tu bukan hanya perlu dicari tapi bahagia tu perlu dikenali

Kalau bercinta , carilah cinta yang diredhai . Cinta yang diredhai ialah cinta sampai mati . Walau dikubur berkaki kaki , walau ditandakan dengan nisan , cinta itu tetap subur . Subur dengan pewarisnya dan subur dengan manisnya . Andai gula tahu betapa manisnya cinta yang diredhai , pasti ia tersipu kerana manisnya tak seberapa

Akad nikah yang dilafazkan merupakan satu janji . Janji seorang lelaki untuk menjadi seorang pemimpin dan mempunyai seseorang yang membantu pimpinannya . Akad yang dilafazkan bukan sekadar satu tanggungjawab , ia juga satu lafaz cinta yang semoga diberkati Allah SWT . Bukannya something yang boleh dibuat main dan dipermainkan . Ini bermakna , akad yang dilafazkan bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan . Akad yang dilafazkan juga bukti seorang muslim sanggup bersama dengan seorang muslimah even dalam keadaan susah , senang atau apa jua keadaannya

Percaya dengan ketentuan Allah SWT . Jodoh kita memang telah tertulis . Allah Maha Mengetahui . Percaya pada qada' dan qadar .

Kalau suka tak semestinya bercinta
Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh
Kalau ada jodoh , takkan ke mana jua




Ya Allah , andai cinta hadir untukku , hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut padaMu

Cukuplah Allah ada , dia sentiasa ada untukku :)