Hakikat pemuda pemudi, terikat perasaannya sama ada sedang menanti yang belum pasti, sedang memujuk hati daripada kecewa, atau sedang terpesona dengan cinta.
Entahkan berapa banyak masa dan air mata dibazirkan kerana kecelaruan hati yang dirasa. Sedangkan, 'mereka' yang membuatkan hati kamu kecewa kerana bermain-main soal cinta ini sedang sibuk dengan urusannya tanpa peduli bagaimana kamu mengharungi setiap hari.
Sama ada mereka kejam atau kita yang bangang. Kasarnya bahasa? Tidaklah, yang kasar adalah apa yang hatimu telah buat seluruh jasad dan akal kamu terleka dengan semua perasaan ini.
Berhenti daripada membiarkan hati merindu dan menyeksa perasaan diri untuk yang belum haknya, pedulikan mereka yang hatinya tidak tetap kerana mana mungkin hati yang bolak balik mampu membahagiakanmu?
Kenapa saya kecewa selepas bertahun-tahun bersulam cinta?
Boleh jadi kerana dosa-dosa yang kamu lakukan berdua dahulu menjadi penyebab hubungan itu tidak berhasil.
Jika dahulu dengan rela kamu bebaskan tangan yang bukan halal bagi kamu memegang tempat-tempat yang seharusnya kamu khususnya buat pasangan halalmu, jika dahulu kamu biarkan bibirmu mengucap janji dan cinta yang seharusnya dilafaz hanya untuk yang Allah jodohkan untukmu, jika dahulu kakimu mudah sahaja melangkah bersama si dia ke mana sahaja tanpa restu orang tuamu, mulalah kini bersendiri dengan mendekatkan diri pada pencipta cinta yang hakiki.
Bebaskan diri, bersendirilah membina dan memperbaiki diri, capai impianmu. Sibukkan diri dengan usahamu dan ibadahmu hingga keletihan memikirkan nafsu dan maksiat yang dahulu kamu bergelumang dengannya.
Kelak dalam perjalanan itu, Allah temukan dengan seseorang yang sama jalannya dengan kamu. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment