Tuesday, January 7, 2014

Assalamualaikum . Hari ni nak kongsi sikit tentang NIKAH GANTUNG .
Wahhh ! kalau dapat dengar pasal nikah ni , seronok je kan . Okay , nina nak share sikit tentang seronoknya nikah gantung ni walaupun nina belum nikah , kehkeh . .

Pengenalan.

Perkahwinan adalah satu nikmat yang besar dan salah satu tanda kebesaran Allah yang dianugerahkan kepada hamba-Nya. Ia juga merupakan satu sunah para rasul dan nabi-nabi. Islam telah menjelaskan kepentingannya dan telah menerangkan banyak kali tentang kesannya yang amat besar dalam al-Quran dan hadis. Firman Allah s.w.t. :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.[ar-Rum : 21]

Hikmah pensyariatan perkahwinan dalam Islam.

      1)      Memenuhi keperluan fitrah manusia.

Allah s.w.t. menjadikan manusia mempunyai keinginan seksual. Kaum lelaki berkeinginan terhadap kaum wanita dan begitulah sebaliknya.
Oleh sebab Islam adalah agama fitrah yang memenuhi tuntutan dan mengatur segala urusan manusia, ia mensyariatkan perkahwinan bagi menyahut seruan batin manusia dan menjadikan sebagai satu-satunya cara untuk melempiaskan keinginan tersebut.
Bahkan, di dalam Islam, amalan membujang dan kerahiban adalah diharamkan sama sekali sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. :

Hadis Pertama.

Maksudnya : Nabi s.a.w. melarang seseorang membujang kerana beribadat. (Riwayat at-Tirmizi)

Hadis Kedua.

Maksudnya : Rasulullah s.a.w. menolak hidup membujang Uthman bin Maz’un kerana beribadat. Jika baginda membenarkannya, sudah tentu kami mengkasikan diri kami. (Riwayat Muslim & at-Tirmizi)

     2)      Mengembangkan masyarakat Islam dengan keturunan yang soleh dan generasi terdidik.

Islam mengajak umatnya meramaikan keturunan yang merupakan antara matlamat untuk membentuk masyarakat yang digeruni kerana kehebatannya. Ini bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w. :

Maksudnya : Kahwinilah wanita yang subur dan penyayang, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud, al-Nasaie, Ahmad & Ibn Hibban)

Perkahwinan di dalam Islam juga bertujuan untuk mengembangkan masyarakat kepada generasi anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang penyayang dan belas Ehsan serta berusaha mendidik akal dan mengembangkan bakat mereka. Hal ini adalah lebih baik daripada anak-anak yang lahirnya di ceruk-ceruk yang tersembunyi dan gelap, yang merupakan mangsa keruntuhan nafsu serakah zina.

     3)      Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketemteraman rohani.

Perkahwinan yang menurut syarak dan terhormat akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman dalam diri (Mawaddah, Rahmat dan Sakinah). Firman Allah s.w.t.

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.[ar-Rum : 21]

As-Syahid Syed Qutb r.hm menyebut “Penjelasan al-Quran yang lemah lembut menggambarkan hubungan lelaki dan perempuan ini dengan gambaran yang amat menarik, seolah-olah gambaran ini diambil dari lubuk hati dan perasaan: “Supaya kamu tenang tenteram bersamanya dan Dia jadikan di antara kamu rasa kemesraan dan kasih sayang”.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. [al-Baqarah : 187]

Ayat ini menatijahkan bahawa suami isteri sebagai pakaian bagi pasangan masing-masing kerana mereka saling melindungi, keperluan suami terhadap isteri dan isteri terhadap suami adalah seperti mana keperluan mereka kepada pakaian.

Jika pakaian menutup keaiban tubuh badan dan menjaga daripada kesakitan, suami isteri pula akan menjaga kemuliaan pasangannya, memelihara kehormatan dan memberi kerehatan serta ketenteraman.
 
     4)      Memelihara daripada kemerosotan dan keruntuhan akhlak.

Syeikh Abdullah Naseh Ulwan menyebut di dalam kitabnya Tarbiyatul Aulad : “ Dalam perkahwinan, masyarakat akan terselamat daripada keruntuhan akhlak, individu aan terpelihara daripada perpecahan masyarakat,. Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa setiap orang mempunyai kefahaman serta akal fikiran. Apabila nafsu seks dipuaskan dengan sistem perkahwinan yang ditentukan oleh syariat dan perhubungan yang halal, kita pasti melihat suatu umat yang mempunyai sifat-sifat terpuji serta akhlak yang mulia. Amat sesuai untuk menjalankan tugasnya serta memikul tanggungjawabnya, sebagaimana yang diminta oleh Allah s.w.t. darinya.”
     
      5)      Mengembangkan institusi kekeluargaan dan mengeratkan semana bekerjasama.

Melalui perkahwinan, akan meluaskan hubungan kekeluargaan dua buah keluarga akan bertemu dan bersatu serta membentuk ikatan kekeluargaan baru yang saling menyayangi, hasil daripada pembentukan baru tersebut.

“Suami isteri akan saing bekerjasama, isteri akan membantu suaminya, seperti menguruskan makan, minum, pakaian, tempat tinggal, mendidik anak-anak serta menjaga rumah tangga. Suami pula memenuhi keperluan isteri, seperti memberi nafaqah, melindungi memelihara dan menjaga maruahnya.”

Secaranya ringkasnya, kelima-lima perkara yang telah digariskan di atas merupakan tujuan/hikmah sesebuah perkahwinan. Oleh itu, matlamat sebuah perkahwinan adalah mencapai perkara-perkara yang telah digariskan di atas.


Pengertian Nikah.

Nikah dari segi bahasa ialah dakap dan bertaut. Oleh itu, apabila dikatakan pokok-pokok itu bernikah, ia
bermaksud bertaut antara satu sama lain.

Dari sudu syara’ pula, nikah ialah akad yang mengharuskan hubungan suami isteri yang dibenarkan oleh syara’.

Ia diistilahkan sedemikian kerana nikah mengikat dan merapatkan hubungan individu. Orang arab menggunakan lafaz nikah dengan maksud bermesra dan bersetubuh.

Namun, makna nikah yang dihendaki sebenarnya ialah akad, manakala penggunaannya dengan makna persetubuhan itu adalah secara kiasan. Al-Quran apabila menggunakan perkataan nikah tidak semata-mata mengisyaratkan kepada persetubuhan, bahkan ia merangkumi sebuah akad perkahwinan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebeum kamu mencampuri nya, maka sekali-kali tidak wajib atas mereka bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. [al-Ahzab : 49]

Maksud kahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman adalah akad nikah dengan mereka. Hal ini berdasarkan maksud ayat: “Kemudian, kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya,” iaitu menyetubuhinya.

Berbezakah "Nikah Gantung" dan Nikah(yang difahami masyarakat umum)

Pertamanya, istilah "nikah gantung" yang agak popular akhir-akhir ini adalah merupakan satu istilah yang berbentuk 'Uruf setempat. asal bagi sebuah akad pernikahan adalah suami isteri akan tinggal bersama, suami wajib menanggung nafkah isteri (keluarga) dan segala hal-ehwal isteri adalah dibawah tanggungjawab suami.

Dari sudut akad. Akad "nikah gantung" tiada perbezaan dengan akad nikah yang biasa diamalkan oleh masyarakat umum, dari sudut rukun, "nikah gantung" juga perlu memenuhi 5 rukun.

S - Suami.
I - Isteri.
S - Saksi.
W- Wali.
A - Akad.

Namun, selepas akad, yang membezakan antara "nikah gantung" dan nikah biasa adalah, apabila selesai akad, pasangan yang bersetuju untuk menjalani "nikah gantung", mereka akan tinggal berasingan dalam satu tempoh masa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dan ketika masih tidak lagi tidak bersama, suami tidak perlu menanggung apa-apa nafkah keatas isteri.

Bilakah suami wajib menanggung nafkah isteri?

Syeikh Sayyid Sabiq r.hm didalam Fiqh Sunnah menggariskan 5 syarat yang mewajibkan seorang suami menanggung nafkah keatas isterinya :

1) Akad Nikah yang sahih.
2) Isteri telah menyerahkan dirinya kepada suaminya.
3) Isteri telah membenarkan dan mengizinkan kepada suaminya untuk menikmati dirinya.
4) Isteri sedia berpindah ke mana sahaja tempat yang dikehendaki oleh suaminya.
5) Kedua-dua suami isteri masih mampu melaksanakan kewajipan sebagai suami isteri (Istimta') iaitu          hubungan kelamin.

Dimana sandaran "Nikah Gantung" ?

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.ha

Sebahagian yang menyebut berkaitan 'Nikah Gantung", mereka menyandarkan perkara ini kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.hm didalam kitabnya dibawah bab perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.ha.

Yang mana, didalam hadis tersebut Saidatina Aisyah r.ha menceritakan bahawa Nabi s.a.w. telah berkahwin dengannya ketika usianya 6 tahun ketika mereka berada di Makkah, dan Nabi s.a.w. telah bersama dengannya ketika usianya 9 tahun dan pada masa itu mereka telah berhijrah ke Madinah.

"Setelah memperolehi kemenangan yang gemilang dalam perang badar, kaum muslimin menyaksikan sambutan majlis perkahwinan Rasulullah s.a.w. dan Aisyah. Majlis ini berlangsung pada bulan syawal tahun ke-2 hijrah. Pengantin perempuan kemudiannya diiringi ke rumah Nabi s.a.w.". (Petikan buku : Aisyah yang cerdas & dicintai, Ahmad Ibnu Salim Baduwilan)

*Penjelasan Dr Abdul Basit Abdul Rahman h.zh (Abu Anas) berkaitan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.ha.

okay semua faham kan tentang nikah gantung ni . Sesiapa yang berniat nak nikah gantung , bolehlah teruskan niat kamu sayang. Allah akan mempermudahkan .InsyaAllah .