Monday, December 30, 2013

KALAU BETUL COUPLE ITU HALAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,

Gerbang menuju Jannah.





Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia & tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah.
Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua.




"Jodoh itu rahsia Allah SWT."
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersamanya dengannya..


1) Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

2) Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis  & syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman & tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam a.s & Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam a.s & Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah saw:
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.




4) Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon & hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu & perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan & berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis & peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw:

"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina & zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina & zinanya ialah ciuman."
(Imam Muslim & Imam Abu Dawud)

Sebenarnya jalan & lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong  yang boleh membawa kepada penzinaan.

6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja..
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas & ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib & Atiq?


7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group? Nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta.

8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat ye, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia. Itulah kita..

9) Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat & motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu hati, dapat berkat & rahmat pula =)

10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki & suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri & keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah & berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.

Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Tiada sesiapa yang pernah paksa untuk kita jadi malaikat dengan menolak 100% kehadiran cinta itu kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia & segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu. Jangan memaksa diri untuk menghapuskan perasaan itu tetapi alirkan rasa & cinta yang fitrah itu di atas landasan redha & cinta Ilahi.

11) Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Itulah cinta sakral & qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, agama Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki & wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah saw :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."
(Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah, 2 : 235)

12) Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, jika ianya hanya untuk memuaskan nafsu syaitan semata & bukan disertakan dengan niat dengan pernikahan. Kalau lelaki & perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat & rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.

Hubungan makin akrab. Sudah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir & dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta yang tidak berlandaskan Quran Sunnah adalah penzinaan & kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan & kesengsaraan. Kasihanilah diri & ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

13) Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji!
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan & kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Bukan menegan perasaan fitrah itu. Takut manusia kecundang. Jangan kau berlagak tahu apa yang kau tidak tahu. Sesungguhnya Allah Mahu Tahu apa sebenarnya yang kau tidak tahu.

14) Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam a.s & Hawa,sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam a.s & Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam a.s & Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah Taala SWT:
“Wahai Adam! Tinggallah engkau & isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai & jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
(Al-A’araf : 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat & kelemahan Adam a.s & Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam a.s & Hawa.

Begitu juga perasaan cinta. Allah hadirkan perasaan cinta bersama-sama batas-batas yang perlu kita ketahui. Ianya hadir dalam keadaan yang suci & tidak berdosa. Jadi, jangan kotorinya dengan tompok-tompok dosa & maksiat rentetan lorong-lorong yang kau lalui bersama-sama rasa cinta itu. Cinta yang suci tidak buta tetapi kau yang buta kerana tidak nampak  fitrah kesucian cinta yang Allah kurniakan itu.

16) Percayalah kami bercouple demi merancang kebahagian hidup nanti
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.

Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya? Yang kau mahukan adalah keluarga yang bahagia. Tetapi, mahukah kau mendapatkan sesuatu yang halal & suci melalui cara yang haram & tidak diredhai Ilahi?


It's very interesting articel!
[Visit this]
Gagal Memahami Erti Zina Hati

17)  Tanya sikit. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis & syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

18)  Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Kita tiada hak kerana kita pun berdosa. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran maruah atau tidak hanya boleh ditentukan oleh Allah. Sesungguhnya manusia cenderung kepada kepentingan dirinya.

19)  Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta dengan cara yang Ilahi tidak redhai seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan.

Allah Talla berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(An-Nur : 3)

20) Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Allah Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur : 26)


Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama.

21) Kami telah berjanji untuk sehidup semati
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki yang sebarangan, jangan diharap pada janjinya. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. Lelaki yang benar-benar ikhlas kerana Allah, akan sentiasa berusaha untuk memelihara dirinya & orang yang dikasihinya dari terjerumus ke lubuk kemaksiatan.

“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab: 35)
21) Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.

Kadang-kadang, mereka yang pernah melalui sejarah hitam & tekad untuk berubah ke arah kebaikan lebih baik pengakhirannya dari mereka yang sememangnya baik dari awalnya kerana mereka mampu belajar dari masa lalunya. Hargai apa yang telah kau lalui & jangan sesekali kau sesali. Kau insan yang dipilih Ilahi untuk diuji! =)


"Once you've decided to change,
never look back & forget your past!
Keep in mind that Allah is always be with you.."

22) Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
       1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
       2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
      3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah diijabkabulkan.

Allah SWT berfirman:
"Dan orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan,
pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahannya & mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."
(Al-'Ankabut, 29: 7)

Ya Allah ya Ghaffur..
Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya  Engkau Maha Pengampun & Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu & ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabbal Alamiin.
Moga Allah terima taubat kita semua..


23) Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.
Ya Allah, bantulah kami. Kini kami datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami. Aamiin Ya Rabb!

Sahabatku,
Lupakanlah segala kegundahan & keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh & solehah turut kau miliki.
Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya, Allah takkan pernah menzalimi hamba-hambaNya & tidak akan pernah memungkiri janjiNya.
Never lose hope & trust to Allah. Just keep on praying!

Allah Taala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah, 2 : 153)

Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.


Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung
sebab-sebab
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia.
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam..
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin



"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."




Peringatan kpd semua lelaki
 "Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

 Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
 wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..


Saturday, December 21, 2013

Handsock Jejari Muslimah pun ada tau :

AVAILABLE :)

Assalamualaikum,Perhatian kepada semua Muslimah yang berminat untuk membeli handsock jejari muslimah .

Saya akan memperkenalkan sarung tangan jejari yang murah dan pelbagai warna.

HANDSOCK JEJARI MUSLIMAH..

Kelebihan ~
- Boleh menutup aurat tangan dengan sempurna.. so korang yang pakai handsock biasa tu tak perlu la nak tarik- tarik handsock korang sampai menutup pergelangan tangan.
-tak perlu risau handsock korang terangkat dari pergelangn tangan sebab dia ada penahan di ibu jari compare handsock biasa yang nak kena selalu jaga dari terangkat.
-bagi yang menunggang moto dan kereta.. takperlu risau tangan korang kena sun burn.

Berminat , boleh pm saya secepatnya untuk order :
Sepasang : RM10
6 pasang : RM 50
12 pasang (sedozen) - RM70 Sahaja!!

#Warna bole campur2# Tidak termasuk post :)





Bukan produk Emilay je tau . Nina ada juga ambil tempahan tudung labuh bidang 60 , sebab nina pun pakai , hehe . Nak cuba ? Alhamdulillah , call / whatsapp nina - 0142596307

Fanpage : https://www.facebook.com/pages/Lyana-Fadzil-Official/227946250689840?ref=tn_tnmn

Favebook : http://facebook.com/NinaaYayaa


http:/http://facebook.com/NinaaYayaa  
Yang tadi Emilay Whitening , yang ni pula Emilay Collagen ;

                                                EMILAY COLLAGEN ~


kelebihan : 
" EMILAY COLLAGEN PREMIUM USA "

Rahsia kulit halus, cerah, anjal & sihat.

Produk ini dapat menegangkan dan meningkatkan keanjalan kulit. Ianya juga dapat mengurangkan kedutan di sekitar mata, mulut, dahi, leher dan tangan. Tambahan Emilay ini softgelnya mudah diserap oleh tubuh.

Emilay Collagen, formula khusus yang boleh meningkatkan keanjalan & menegangkan kulit wajah. Rasakan perubahannya dalam masa 25-35 hari.

Protein Soya, Mineral & Vitamin boleh membantu mengurangkan bintik hitam, melindungi kulit dari sinaran matahari malah ianya juga dapat meningkatkan kelembapan kulit.

Bagi mereka yang inginkan kulit putih gebu hasil terbaik dapat dilihat dalam tempoh 2-3 bulan (bergantung terhadap hormon seseorang)


COLLAGEN adalah salah satu protein yang penting bagi tubuh manusia. Hampir 30% protein diperlukan dalam badan manusia. Ianya merupakan struktur organik yang penting perkembangan tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat collagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan.

KELEBIHAN" EMILAY COLLAGEN PREMIUM USA " :


[*] Menjadikan kulit lebih lembut, bersinar, cerah dan membantu dalam mengoptimalkan proses keanjalan kulit. Hanya perlu mengambil beberapa hari sahaja dan nikmati kulit selembut bayi.
[*] Menyamarkan parut hitam & mengatasi kedutan pada wajah( Anti Wrinkle )
[*] Melambatkan proses penuaan ( Anti Aging )
[*] Mempercepatkan proses menghilangkan parut luka pada badan
[*] Menjadikan kulit tubuh sehalus bayi.
[*] Kuku lebih kuat dan tidak mudah patah.
[*] Rambut semakin bersinar dan tidak kusam.
[*] Fungsi internal pada sendi dan otot yang dapat dirasakan dalam jangka panjang


Cadangan pengambilan : 2 x 1 hr (pagi - malam)
Kandungan: 60 Softgel (Untuk 1 Bulan)

HARGA = RM60.00/BOTOL

Assalamualaikum , hmm dah lama tak update kan .  nina fikir , dan cadang nak buat bisnes cket . Untung ke tidak , belakang kira lah . hehehe , Okay dop ? Jika berminat call / whatsapp nina - 0142596307

Nak tahu , nina nak jual apa ? Jeng3*

                                                EMILAY WHITENING ~


Kelebihan : 
Stok masih ada !!

1 botol - RM60
2 botol - RM90
3 botol - RM100

SM - Free postage
SS - Postage + rm5

Emilay Whitening merupakan supplement pemutih kulit yang terbaru jika anda memiliki masalah kulit kasar dan kusam. Dengan Emilay Whitening Softgel kulit akan kelihatan lebih putih, halus, cerah dan cantik sehingga anda dapat tampil dengan keyakinan diri.

Cara Pemakanan : 1 biji Pagi, 1 biji Malam
(SEBELUM SARAPAN DAN SEBELUM TIDUR)

KELEBIHAN EMILAY :


Softgel mudah diserap oleh tubuh dijamin aman tanpa ada kesan sampingan sesuai utk lelaki dan wanita yang ingin tampil putih berseri.


Salah 1 musuh perempuan adalah warna kulit pada wajah tidak rata, timbulnya noda2 hitam, bintik hitam atau juga flek. Hal ini akan terjadi dengan seiring perubahan/ kondisi warna kulit wajah. Kerana warna kulit wajah bergantung pada pigment di bawah kulit yang disebut melanin.


Dengan penggunaan rutin dan intensif dan menggunakan rangkaian perawatan yang sesuai dengan kulit wajah, hasil akn kelihatan seawal 15-30 hari anda akan merasakan sendiri perubahan yang terjadi pada kulit wajah dan seluruh tubuh.


Jangan takut dengan efek sampingan atau bahaya dari Emilay Whitening Softgel kerana bahannya dijamin dari 100% tumbuhan serta ekstrak vegetables. Diantaranya :

1) GRAPE SEED / ANGGUR
2) ALOE VERA
3) PEARL/ MUTIARA
4) RUMPUT LAUT

Manfaat Yang Pasti didapat setelah menggunakan Emilay Whitening Softgel :
- Memutihkan
- Menegangkan kulit
- Mengurangkan jerawat
- Menghilangkan bekas jerawat
- Menghilangkan bintik dikulit (taucho)
- Kulit terasa lembut dan kenyal
- Mencegah penuaan
- Mencantikkan kulit (lebih segar dan sehat)
- Mntioksidan tinggi
- Menyamarkan kelebihan pigmentasi (bintik hitam, tanda bekas luka)
- tiada ada pengelupasan
- Menghilangkan toksin / racun dalam tubuh

Sunday, December 15, 2013

AZAB MENDEDAHKAN AURAT





Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia.Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki:
1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung

SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."

"Mana-mana bahagian aurat tubuh yang terdedah, bahagian itulah yang akan disambar oleh api neraka..."

- USTAZ AZHAR IDRUS -Credit : Seindah Cinta Islam Blogspot


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:


Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini TIDAK AKAN BOLEH MASUK SYURGA, serta TIDAK AKAN DAPAT MENCIUM BAU SYURGA, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.
(Riwayat Muslim)

Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
Betis dan paha yang terselak – selak , sedia untuk dipanggang.

Peristiwa Mi’raj


Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum arak dan ubat untuk membunuh janin.
Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.



Bila cakap pasal kiamat , pasal kematian semua orang takut . Kenapa takut ? Kalau takut siap sedia untuk bekalan akhirat . Jangan salahkan ibu bapa ,aurat kamu terdedah , jangan salahkan orang lain kamu tidak solat . Salahkan diri sendiri . Kamu tahu ia berdosa , tapi kamu abaikan , kamu ambil mudah . Nanti jawab sendiri ye

Salji turun kat mesir? Mesir dilimpahi dengan salji? Hadis Abu Hurairah : Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai2 . Bila dah salji nanti ice akan cair. bila cair berlakunya sungai , dan sungai tu lah tanda kiamat . Kiamat itu rahsia Allah , tiada siapa pun tahu tentang tarikh hari tersebut . dan kita tak perlu sibuk sibuk cari tentang urusan Allah . Sebaik mungkin , selesaikan urusan kita dengan Allah . Dosa kita terlalu banyak ! Allahu

Saturday, December 14, 2013

Mana yang betul, InsyaAllah atau In Shaa Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera ~

Kini kalau anda ber-facebook pasti ada dari rangkaian rakan anda di Facebook akan berkongsikan tentang kekeliruan cara menulis perkataan InsyaAllah atau In Shaa Allah. Dalam hal ini, pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah rujuk kepada insan yang tahu, faham dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menjawab kekeliruan ini. Ini kerana, jika kita kongsikan sesuatu tetapi ialah bukan kebenaran, mampu menyebabkan kekeliruan berpanjangan dan berterusan.

Oleh ini, berikut merupakan beberapa jawapan merujuk beberapa sumber dari ilmuwan agama untuk kepastian tentang kekeliruan ini. Pertama dari S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya. Berikut soalan yang diajukan kepadanya:

Soalan:
Ejaan inshaallah yg btul mcm mane ye kak? Sbb aida keliru. Ada info bgitaw yg maksud ejaan inshaallah berlainan..
Ada yg ckp mksud insyaallah dan inshaallah tu lain. Ada juga aida bace info ejaan yg btul adalah inshaallah.
Aida keliru.
Jawapan:
Tiada apa-apa kesalahan menulis إِنْ شَاءَ اللهُ dalam ejaan rumi dengan INSYAALLAH. Orang yang menulis INSYAALLAH sudah tentu memaksudkan: “Jika Diizinkan Allah”. Tak boleh memberat-beratkan umat Islam, atau membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh temeh seperti ini, apatah lagi kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tak boleh dijadikan ukuran betul ataupun salah dalam bab seumpama ini. Tidak boleh sama-sekali mengatakan sesiapa yang menulis INSYAALLAH bermakna orang itu telah menyatakan dia yang menciptakan Allah, dakwaan ini amat-amat longgar. Ringkasnya mana-mana kalimah atau ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang telah sedia difahami umum.

Wallahu a’lam.

Berikut pula jawapan dari Big Boh Ustaz kesayangan ramai, Ustaz Azhar Idrus. Fahami betul-betul.







Hal-hal sebegini sebaiknya jangan disebarkan sewanang-wenangnya tanpa usul periksa dan kepastian terlebih dahulu. Hal seperti ini yang memerlukan ilmu kefahaman tentang tajwid. Khuatir sebaran maklumat tersebut tidak tepat bagi kita dan bukan memperjelas malah memberi kekeliruan. Diharapkan penjelasan di atas mampu memberikan kefahaman kepada kita semua.

Teruskan menyebarkan dakwah para sahabat. Semoga bermanfaat! :)



p/s: Saya sokong kepimpinan Ulama. (^_^)
Assalamualaikum , Hari ni nina nak kongsikn serba sedikit . Walaupun nina tak pandai sangat cakap arab , tapi kita cuba belajar sikit sikit naa . Hehehe . Baca dibawah ni :)

Beberapa contoh kalimat yang bisa diucapkan oleh wanita (kepada orang yang telah dihalalkan, tentunya) disalin dari bukunya Dr. Najla’ As-Sayyid Nayil [2]:
جزاك االه خيرا  (jazaakallahu khairaa)  “..Semoga Allah membalas kebaikanmu..”
بارك الله لك  (baarakallahu laka) “..semoga Allah memberkahimu..”
حفظك الله (hafidzokallah) “..semoga Allah melindungimu..”
طلابك مجاب من عيني  (Tholaabuka mujaabun min ‘aini) “..permintaanmu segera kulaksanakan..”
لو سمحت  (Lau samahta) “..kalau engkau tidak keberatan..”
من فضلك  (min fadhlika) “..dengan segala hormat, aku mohon kepadamu..“
أنت تأمر  (anta ta’muru) “..engkaulah yang berhak menyuruh..”
لا تغيب علينا  (laa taghiibu ‘alayna) “..jangan tinggalkan kami..”
نحن ننتظرك بالصبر  (nahnu nantadziruka bis sobri) “..kami menunggumu dengan sabar..”
ما اجمل منظرك ! و أحبه اليّ  (maa ajmalaa mandzoroka! wa ahabba ilayya)“sungguh indah penampilanmu! dan aku sungguh suka gayamu..“
ما اجمل ذوقك  (maa ajmala dzauquka) “..sungguh bagus seleramu..”
حاضرة (haadiroh) “ya hadir..”
لا أجد السعادة الاّ معك (laa ajidus sa’aadah illa ma’aka) “aku tidak bahagia kecuali bersamamu”
هل ترضى اليّ؟ (Hal tardhoo ilayya?) “apakah engkau ridho terhadapku?”


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejahtera ke atas anda Assalamualaikum
Selamat datang Ahlan wa sahlan
Selamat datang buat anda Ahlan bik
Dengan suka cita Bikullis surur
Awak apa khabar? Anta, khaifahaluk?
Baik, terima kasih Toyyib, syukran
Selamat pagi Sobahul khair
Selamat pagi Sobahun nur
Selamat pagi Sobahul ful
Selamat pagi Sobahus surur
Bagaimana keadaan awak pagi ni? Kaifa asbahtum?
Selamat datang (dengan gembira) Birrahbi wassurur
Selamat petang Masa ul khair
Selamat petang Masa un nur
Selamat malam Tusbihu ‘alal khair
Bagaimana keadaan awak petang ini? Khaifa amsaitum?
Silakan semua Tafaddalu
Saya harap Arju
Kami baik dan sihat Nahnu bikhair walhamdulillah
Dari mana awak datang? Min aina jik ta?
Awak dari mana? Min aina anta?
Silakan masuk, saudara Ya akhi, ud khul
Silakan minum Tafaddal, isyrab
Berapa umur awak? Kam umruk?
Terima kasih Syukran
Terima kasih kepada anda Asy kurukum Terima kasih atas pertolongan anda Syukran li musa ‘adatik
Terima kasih banyak Syukran jazilan
Terima kasih banyak Syukran khatira
Terima kasih untukmu Asy syukru lak
Semoga Allah membalas kebaikkanmu Jazakallahu khaira
Ya Na’am
Ya, benar Na’am, sohih
Baiklah Hasanan
Tidak La
Tidak, salah La, khoto’
Awak tahu atau tidak? Anta ta’rif am la’?
Awak pintar Anta syatir
Awak semua faham? Hal antum tafhamun?
Adakah awak tahu? A ta’rif?
Ya, kami tahu Na’am, na’rif
Berhenti semua Kifu
Sudah lama awak tidak meziarahi saya Ma zur tani min zaman
Saya juga demikian Wa ana kazalik
Dimana rumah awak? Aina baituk?
Wahai anak Aiyuhal walad
Berapa harganya? Kam si’ruhu?
Lihatlah Unzur
Maaf Ma’zirah
Akur Sam’an wa to’atan
Tidak mengapa La ba’ sa alaik
Tiada apa-apa La syaik alaik
Saya tidak bermaksud Laisa min qasdi
Saya meminta maaf Ana aasif
Mari ke sini Ta’al indi
Saya lupa Ana Nasit
Saya akan hubungi awak Sa attasil bik Tunggu sebentar Intazir lahzah
Saya tidak boleh La aqdar
Saya hadir Ana hadir
Saya tidak hadir Ana ghaib
Awak rajin Anta nasyit
Ulang sekali lagi Raddid marratan ukhra
Cepat! Bi sur ’ah
Sangat cantik Jamilatun jiddan
Sangat besar Kabiratun jiddan
Awak lewat Anta muta akhhir
Saya sakit Ana marid
Saya gembira sangat Ana farhan jiddan
Saya takut sangat Ana khaif jiddan
Saya lapar Ana jau ‘an
Saya kenyang Ana syab ‘an
Ajarkan saya ‘Allim ni
Boleh saya Hal mumkin
Bertenang Ihda’
Selamat tinggal Wada ‘an
Selamat tinggal Ilal liqa’
Semoga dalam keamanan Fi amaillah
Samoga Allah menyembuhkan awak Allah yushfik
Apa yang awak rasa Maza tash ‘ur
Awak telah mengingatkan saya Zakkar tani
Adakah ini betul? A haza sohih?
Sangat menarik Mumti ‘atun jiddan
Menakjubkan Ajib
Bersabarlah Isbir
Tawakklah kepada Allah Tawwakkal ‘alallah
Rahmatilah kami Irhamna
Tolonglah kami Sa ‘idu na Selamatkanlah kami Qi na
Ambil ini Huz haza
Tinggalkannya Utruk hu
Cuba Jarrib
Sebelum Qabla
Selepas Ba’ da
Minggu ini Hazal usbu’
Minggu hadapan Usbu ‘ul qaadim
Saya sangat memerlukannya Ahtaju ilaihi jidaan
 Saya hendak pergi Uriduz zahab
Saya hendak belajar Uridut ta’alum
Saya rindukan awak Ana musytaqun ilaik
Saya cintakan awak Ana uhibbuha .

 KOMUNIKASI UMUM KOMUNIKASI UMUM
BAHASA ARAB


PERKENALAN ( At ta’aruf )

Boleh saya berkenalan dengan awak?
Hal mumkin an ata ‘araf alaik?

Silakan wahai saudaraku
Taffaddal ya akhi

Siapa nama awak wahai saudaraku?
Masmuka ya akhi?

Nama saya Muhammad Anuar, dan awak?
Ismi Muhammad Anuar, wa anta?

Nama saya Taufik, awak apa khabar?
Ismi Taufik, khaifahaluk?

Saya sihat, Alhamdulillah, dan awak pula?
Ana bikhair, Alhamdulillah, wa anta?

Baik, Alhamdulillah
Bikhair, Alhamdulillah

Selamat datang wahai Musa
Ahlan wa sahlan ya Musa

Selamat bertemu
Ahlan bik

Saya sangat gembira bekenalan dengan awak semua
Ana farhan bimuqabalitikum

Kami juga gembira
Nahnu masruruun aidan





 PERBUALAN DI RUMAH


Selamat pagi wahai anakku
Sobahul khair wa bunayya

Selamat pagi wahai ibuku
Sobahun nur ya ummi

Adakah awak sudah sarapan pagi?
Hal aftarta?

Ya, saya sudah sarapan pagi
Na’am aftartu

Awak sarapan apa?
Maza aftarta?

Saya sarapan roti
Aftartul khubz

Dimana adik lelaki awak Ali?
Aina akhuka Ali?

Dia di dibiliknya
Hua fi ghurfatihi

Apa yang sedang dibuat?
Maza yaf ‘al?

Dia sedang mandi
Hua yastahim

Dimana ayah?
Aina abi?

Dia telah pergi kerja
Hua zahaba ilal amal


 PERBUALAN ANTARA DUA ORANG KAWAN


Apa pekerjaan awak wahai Omar?
Ma amaluka ya Omar?

Saya doktor dan awak wahai Ridwan?
Ana tobib wa anta ya Ridwan?

Saya guru
Ana mu ‘allim

Dimana awak berkerja sekarang wahai Omar?
Aina ta’ mal aan ya Omar?

Saya berkerja di hospital Kuala Lumpur, dan awak?
Ana ‘amal fi mustasyfa Kuala Lumpur, wa anta?

Saya berkerja di sekolah di Johor
Ana a ‘mal fil madrasah fi Johor

Berapa tahun awak telah berkerja di sana wahai Omar?
Kam sanatan ‘amilta hunak ya Omar?

Saya telah berkerja di sana lima tahun, dan awak?
‘Amiltu hunak khamsa sanawat, wa anta?

Saya telah berkerja di sekolah sembilan tahun
‘Amiltu fil madrasah tis ‘a sanawat

Apa yang awak ajar di sekolah?
Maza tudarris fil madrasah?

Saya mengajar Bahasa Arab
Ana udarris Lughatal Arabiah

Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan bahasa syurga
Lughatul Arabiah lughatul Quran wa lughatul jannah


 PERBUALAN MENGENAI WAKTU

Bila awak bangun dari tidur?
Mata istaiqazta minan naum?

Saya bangun dari tidur pada pukul enam pagi
Istaiqaztu minan naum fis sa ‘atis sadisah sobahan

Bila awak solat subuh?
Mata sollaitas subh?

Saya solat subuh pada pukul enam setengah pagi
Sollaitus subh fiss sa’atis sadisah wannisf

Bila awak pergi ke sekolah?
Mata zahabta ilal madrasah?

Saya pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi
Zahabtu ilal madrasah fis sa’atis sabi ‘ah sobahan

Bila awak pulang dari sekolah?
Mata roja’ ta minal madrasah?

Saya pulang dari sekolah pada pukul satu tengahari
Roja’ tu minal madrasah fis sa’atil wahidah zuhran

Bila awak bermain bola sepak?
Mata la ‘ibta kurratal qadam?

Saya bermain bola sepak pada pukul lima petang
La ‘ibtu kurratal qadam fis sa’atil khomisati masa ‘an

Bila awak tidur?
Mata nimta?

Saya tidur pada pukul sepuluh malam selepas mengulangkaji pelajaran
Nimtu fis sa’atil ‘aasyirati lailan ba’ da muroja ‘atid dirasah


 PERBUALAN BAPA DENGAN ANAK

Apa yang awak akan belajar hari ini?
Maza satadrusul yaum

Saya akan belajar ilmu sejarah hari ini
Sa adrus ilmat tarikh al yaum

Adakah awak sudah mengulangkaji pelajaran awak?
Hal roo ja’ ta dirasatak?

Ya, Saya sudah mengulangkaji
Na’am roo ja’ tu

Siapa yang ajar awak ilmu matematik?
Man ‘allamaka ilmar riyadiyyaat?

Encik Muhamad Shafie
Al-Ustaz Muhammad Shafie

Bila awak akan belajar Bahasa Arab?
Mata sa tadrusul Lughatal Arabiah?

Saya akan belajar Bahasa Arab pada hari Isnin
Ana sa adrusul Lughatal Arabiah fil yaumil isnain

Saya mahu lima puluh ringgit untuk membeli buku
Uridu khamsina rinjitan li syira il kutub

Silakan, saya beri seratus ringgit dan beli kamus sekali
Tafaddal, ‘u’tika mi ‘ah rinjitan li syira il qamus aidan

Terima kasih wahai bapaku, saya amat meminati Bahasa Arab
Syukran ya abi, ana uhibbul Lughatal Arabiah

Sama-sama wahai anakku
Afwan ya bunayya



 PERBUATAN UMUM PERBUATAN UMUM AN UMUM
BAHASA ARAB

Pergi zahaba
Pulang roja ‘a
Bermain la ‘iba
Belajar darosa
Menulis kataba
Membaca qara ‘a
Duduk jalasa
Berdiri qa ma
Masuk da kha la
Keluar kho ro ja
Mengulangkaji roo ja ‘a
Tidur na ma
Makan akala
Minum syariba
Solat solla
Berlari jara
Bercakap takallama
Berkerja ‘amila
Berehat istaroha
Memakai labisa
Menunggang rokiba
Menjual ba ‘a
Membeli isy taro
Memotong, qo to ‘a
Membasuh nazzofa
Mandi istahamma
Membuka fataha
Menutup aghlaqo Membawa hamala
Berjalan masya
Melancong saha
Memikir fakkara
Menolong sa ‘ada
Menonton syaa hada
Menziarahi zaa ro
Mengumpul jama ‘a
Memberi qaddama



Lirik Lagu Ku Tak Pantas Di Surga – Dadali

Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku

Berlinang air mata
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik

Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu

Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu

Berikan cinta-Mu



Berikut ini adalah Beberapa Azab yang akan di timpakan bagi orang yang meninggalkan sholat 5 waktu :

5 AZAB YANG DITIMPAKAN DI DUNIA

1. Akan dicabut keberkahan umurnya
2. Ciri-ciri ke solehnya akan di cabut dari wajahnya
3. Setiap amal yang dilakukannya tidak akan di beri pahala oleh Allah SWT.
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit
5. Tidak mendapat bagian dari doa-doanya orang yang soleh
(Tidak akan dapat bagian dari percikan doa- doanya
para Sholihin).

3 AZAB KETIKA AKAN MATI

1. Ia akan mati dalam keadaan hina (su’ul khotimah)
2. Ia akan mati dalam keadaan lapar
3. Ia akan mati dalam keadaan haus, walaupun di beri air minum tidak akan menghilangkan rasa hausnya (walau dituangkan air tawar laksana lautan ia akan tetap haus.)Nauzubilah minzaliik

3 AZAB DI DALAM KUBUR

1. Kubur akan menjepitnya hingga tulang rusuknya bersilangan
2. Akan dinyalakan api didalam kuburnya, dan ia akan bergulingan diatasnya siang dan malam
3. Allah akan memasukan ular dalam kuburnya. Ular itu yang bernama Sijaul Aqra dan ular itu akan memukulnya sampai hari Qiamat dan setiap pukulan Ular itu, ia akan ditenggelamkan ke dalam kuburnya 70 hasta.

3 AZAB KETIKA HARI KIAMAT

1. Hisabnya sangat keras
2. Allah akan memarahinya
3. Masuk kedalam neraka jahanam

MARI KITA SOLAT, MARI KITA MENUJU KEMENANGAN..!!
AJAKLAH KELUARGAMU UNTUK MENDIRIKAN SOLAT BERJAMAAH
“Jagalah diri dan keluargamu dari api neraka”

Ya Allah… Muliakanlah orang yang membaca status ini.Lapangkanlah hatinya
 Bahagiakanlah keluarganya. Luaskan rezekinya seluas lautan.Mudahkan segala urusannya. Kabulkan cita-citanya.Jauhkan dari segala Musibah. Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
Aamiin ya Rabb.