Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: 'Hendaklah
mereka menahan pandangan-nya dan kemaluannya, serta janganlah mereka
menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."'
Surah al-Nur 24:31
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w
berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling
daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita
itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya
kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” H.R. Abu
Dawud
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah
seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika
dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh
(jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” H.R. Abu Dawud.
Hukum Wanita Pakai Stokin
Bismillah wal hamdulillah.
Alhamdulillah kesyukuran yang tak terhingga atas nikmat yang
dikurniakan Allah kepada kita sehingga ke saat ini. Untuk entry kali nie,
anggap la ia sekadar perkongsian yang nampak remeh dan simple tetapi perlu
diambil berat terutamanya bagi mereka yang berjantina 'perempuan'. Kalau mereka
yang lahir lelaki tapi hari nie bertukar perempuan. Sekarang juga, mohon
keampunan Allah. Lelaki tulin tidak terkecuali untuk cakna tentang nie kerana
anda juga mungkin mempunyai adik, kakak, mak atau isteri yang tentunya
'perempuan'. Ke ada siapa-siapa isterinya lelaki? Bertaubatlah. Hehe.
Ok. Saya nak ianya dibincang secara santai tetapi serius.
Supaya pembaca yang sudi membaca entry nie, akan baca sampai habis. Kalau masih
ada yang tak suka dengan cara nie. Ikut suka la nak buat apa.
Sebelum tue, suka saya menyenaraikan siapakah mahram bagi
seseorang wanita itu. Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram
dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.
Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara
Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita
menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah
pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut
jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara
pusat dan lutut sahaja.
Selain darinya perlulah ditutup seluruh badannya kecuali
muka dan tapak tangan.
Siapa yang rasa kaki wanita tu aurat? wahh.. Bagus-bagus
ramai yang angkat tangan. Yang angkat tangan sambil tunduk malu-malu pun ada.
Untuk mengetahuinya, kita ambil rujukan dan dalil dari
al-Qur'an dan al-Hadith. Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali
muka dan tapak tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil
berikut;
Apa yang Allah dah bagitahu dalam al-Qur'an:
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ
مِنْهَا
…dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(An-Nur 24:31)
Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang
ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.
Aisyah melaporkan,
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ
دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ
عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ
إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ
لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا
إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ
إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w
berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling
daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita
itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya
kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis
riwayat Abu Dawud.)
Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala
Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.
Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali 'kaki', ada
fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.
Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,
“Menutup dua kaki semasa solat
adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran
(rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup. Takwilan
seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki
jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan
menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik
bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya.
Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik
lelaki, maka apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.
Hujjah diatas agak lemah kerana ianya adalah dari logik aqal
manusia jika dibandingkan dengan dalil-dalil diatas. Logik aqal bila bertembung
dengan nas, nas perlu diutamakan dahulu.
Memandangkan zaman sekarang, dengan kewujudan stokin dan
sarung kaki alasan untuk sukar berjalan tidak lagi kelihatan wajar digunakan.
Malah berbagai jenis fesyen, warna dan corak stokin yang ada di pasaran
sekarang. stokin bola, stokin yang boleh masukkan jari, stokin wudhu' pun dah
diwujudkan. jadi apa alasannya? Tambahan, boleh jaga kulit kaki dari kotoran.
Juga dapat tutup parut-parut atau panau yang terdapat di kaki. Ops. Heheh.
Terkadang ketika bermain ditepi pantai ataupun dirumah yang
terdapat lelaki ajnabi(lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga
bukan mahramnya) sering juga kita melengahkan mengenai penjagaan aurat
kaki(termasuk la empunya jari yang menaip..huu). Tapi sama-samalah sedaya-upaya
kita sebagai muslimah berusaha untuk menjaganya walau dalam apa keadaan
sekalipun. Biarlah stokin kita basah atau kotor sekalipun daripada diri kita
dikotori denga dosa. Astaghfirullahal 'azim.
Tak dinafikan, ada pendapat dari Imam atau ulama' lain yang
mengatakan tidak wajib menutup aurat kaki. Tapi biarlah kita berpegang dengan
dalil-dalil yang kuat. Raikanlah perbezaan pendapat mereka. Istiqomahlah bagi
yang dah pun mengenakan stokin dan masih yang belum, berubahlah dari sekarang.
Sebelum itu, disini saya nak tekankan hukum pakai stokin tue
tak wajib. diulangi TAK WAJIB PAKAI STOKIN. Tapi yang wajib adalah menutup
aurat kaki. Kalau nak labuhkan baju untuk tutup kaki pun tiada masalah tapi tak
sesuai dengan keadaan sekarang. Terutama masa keluar rumah. Kemudahan dah ada,
gunakanlah sebaiknya.
Buatlah sesuatu kebaikan kerana Allah. InsyaAllah beroleh
pahala yang besar. Janganlah pakai hanya kerana fesyennya yang cun-melecun.
Yang paling penting, syariat Allah terjaga.
bukan untuk dijual, sekadar nak kenalkan bagi siapa-siapa
yang tak kenal stokin kaki.
Wallahua'lam.
Yang mana baik dan benar ambil dan amalkanlah kerana ianya
dari Allah. Yang mana buruk dan salah buanglah dan tegurlah sesama muslim.Kita
berusaha sama-sama ye. Chaiyok2 muslimat wan nisaa’ wal banaat..^_^
No comments:
Post a Comment