Adakah ini maksud 'couple'?
Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang pelajar saya
melalui email. Sebagai perkongsian dan untuk manfaat bersama, saya masukkan
dalam blog dengan sedikit pindaan dari segi ejaan. Sebab saya kurang berkenan
dengan penggunaan singkatan-singkatan yang merosakkan Bahasa Melayu kita! Berikut adalah perbincangan kami…
Salmah (bukan nama sebenar): Salam,, Nina ,saya ada terbaca
beberapa artikel pasal couple yang mengatakan bahawa bercouple ni haram.. Mulanya
terkejut juga,, tapi bila baca balik ada betulnya artikel tu. Tapi saya masih
keliru sikit, betul ke couple tu haram?
Saya: Salam. Sebelum saya jawab, boleh perkenalkan diri.
Supaya jawapan saya lebih sempurna. Terima kasih
Salmah: Wa a’laikumussalam, saya Salmah bt Hasan.
Saya: Salam. Terima kasih kerana memperkenalkan diri,
Salmah. Saya tak mahu mengagak-agak, sebab ada ramai Salmah!
Pada pengamatan saya, sudah memadai semua artikel yang
Salmah baca tu. Tidak perlu rujuk saya. Tapi kerana Salmah dah tanya, maka
pendapat saya, couple itu haram. Mungkin saya akan mengulangi hujah yang sama
macam artikel-artikel tersebut.
Ringkasnya;
1. Apa maksud couple? Jika maksudnya seorang lelaki
mempunyai seorang kawan perempuan, atau mengenalinya sebagai rakan sekerja,
maka hukumnya harus. Selagi mana tidak melibatkan unsur-unsur yang membawa
kepada haram. Tetapi jika perkenalan, persahabatan dan berpasangan tersebut
membawa kepada perkara haram, hukumnya adalah haram ber’couple’! Orang yang
bijak tidak melihat sesuatu pada zahirnya sahaja, tetapi akan meneliti kesan
jangka panjangnya.
2. Antara keistimewaan Islam; mencegah dan mengharam semua
perkara yang membawa kepada kemudharatan. Sebab itu Allah sebut; Janganlah kamu
mengHAMPIRI zina. Maksudnya, semua perkara yang menJURUS ke arah zina adalah
haram, termasuklah coupling tadi. Kaedah syarak menyebut; Setiap perkara yang
membawa kepada haram adalah haram. Sebagaimana ada juga kaedah syarak;
Mukaddimah kepada wajib adalah wajib.
3. Apa perlunya berpasangan dalam SUASANA SEKARANG? Pada
saya, tidak lain daripada menurut runtunan nafsu dan terpedaya dengan tipu daya
syaitan. Adakah layak seorang perlajar muslim berpasangan? Sedangkan masa
lapangnya diamanahkan Allah untuk menuntut ilmu, dan kelak akan dipersoalkan di
akhirat. Adakah terdapat dalam sirah nabi dan sejarah para sahabat mahupun para
tabien bahawa mereka berpasangan? Adakah keadaan umat Islam kini yang dihimpit
oleh musuh-musuhnya mengizinkan kita untuk membuang masa dan melayani perasaan.
Amat tidak wajar sekali…
4. Dengan jujur, jawablah soalan saya; Apakah perlunya
berpasangan? Jika boleh meningkatkan iman kepada Allah, silakan. Jika boleh
memaju dan menguatkan umat Islam menentang musuh, silakan. Jika boleh menjawab
soalan Munkar dan Nakir, silakan…
Wallahu a’lam. Itu pendapat saya, seperti dipinta. Harap
dapat menjawab kemusykilan. Wassalam.
Salmah: Wa a’laikumussalam. Terima kasih nina. Ada jugak
saya menegur budak-budak junior ni. Tapi dia orang mempersoalkan siapa saya
untuk bercakap tentang perkara tu. Rasa terkilan jugak bila dengar dia orang
cakap. “Hai! Sejak bila akak dah jadi alim ni?” Tapi saya anggap tu sebagai
gurauan. Sejak tu saya tak pernah lag menegur kawan-kawan saya yang bercouple
ni sebab takut dia orang pulak yang akan kata saya macam tu. Apa-apa pun terima
kasih kepada nina sekali lagi.
Saya: Salam. “ dia orang mempersoalkan siapa saya untuk
bercakap tentang perkara tu”
Siapa kita? Kita adalah seorang muslim. Tugas kita ialah
mengabdikan diri kepada Allah. Pengabdian diri kepada Allah bukanlah dengan
ibadat khusus seperti solat dan puasa. Tetapi termasuk juga mencegah
kemungkaran. Seorang muslim mendapat ‘permit’ secara langsung dari Allah untuk
mencegah kemungkaran.
“Hai! Sejak bila akak dah jadi alim ni?” Jawabnya- Sejak
Allah beri saya petunjuk, sehingga saya kenal baik dan buruk. Apa yang kita
buat bukanlah suatu yang extra sehingga dapat title ‘alim’, tetapi sekadar
melaksanakan kewajipan asas seorang muslim. Takutilah azab Allah yang tidak
akan menimpa orang-orang yang membuat maksiat sahaja, tetapi jika diturunkan
azab akan menimpa satu kampung atau negeri! Sebab itu kita perlu cegah
kemungkaran.
So, apa nak buat sekarang? Takkan nak dibiarkan sahaja.
Rakan-rakan dan umat Islam sedang tenggelam dan hanyut oleh arus jahiliah…
Pertama, bina dan tingkatkan kekuatan diri sendiri dengan
menghampirkan diri kepada Allah, banyak berdoa kepada Allah.
Kedua, tingkatkan kefahaman tentang Islam sama ada dengan
membaca, bertanya, berbincang, mengikuti akvititi anjuran pertubuhan yang
Islamik.
Ketiga, cari dan bersamalah kawan-kawan yang yakin bahawa
kita perlu berubah dan kegelapan ini perlu diubah.
Insya Allah saya sedia membantu. Wassalam.
Salmah: Terima kasih kak .
Demikianlah perbincangan kami. Mudah-mudahan Salmah diberi
kefahaman yang jelas tentang Islam dan diberi kekuatan oleh Allah untuk
meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Umpama ikan yang hidup di lautan,
tetapi tidak masin isinya!
Wallahu a’lam :)
No comments:
Post a Comment