Sunday, March 2, 2014



Siapa cakap budak brutal / kasar tak buleh jadi Muslimah ? Siapa cakap ?








Ada yang tanya aku " kak ninaa , macam mana saya nak pakai tudung labuh , sebab orang cakap saya ni perangai macam lelaki "
" Adik , perangai macam lelaki , kita ubah jadi perangai perempuan . Bukan susah pun , pakai baju macam perempuan , jalan macam perempuan , gelak macam perempuan . Okay dah tuu . Jangan duk pi tukaq pakai macam lelaki , jalan macam lelaki , cakap macam lelaki "  Eh ! Terasa pulak kitee 

Masa sekolah dulu , budak lelaki class aku tanya " Wey Lyana , hang ni lelaki ka perempuan ? Perangai macam jantan .
Bisik hati kecil - " wajaq sungguh dia ni ".

Aku dulu pun kasar . Orang cakap dekat aku " muka segak ( kembang sat ) perangai hang serupa jantan , laki nak dekat pun takut " haa ! Ambik hang !  tapi peduli apa an ? Kesah pulak aku dengan hampa . Hahaha 

Tapi pakaian aku takdela macam lelaki , cuma cara aku cakap tuh ada sikit ² . Hahaha . Aku memang garang , jenis riuh dengan orang tertentu ja , tapi aku tegas . Buat gedik ² dengan aku , memang kena ar . Sampai bapa saudara aku pun , panggil aku " rempang " Ishh ! Geram pulakk kitee

Nak masuk university pula ,perlukan baju kurung . Untuk hari formal dan sebagainya . Bakal cikgulah katakan . Haha , start masuk university rajinlah sikit pakai baju kurung . Okaylah tu an. .

Allah berfirman di dalam Al – Quran “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka : Ar-Rad’du: 11” .

Sekarang ni , dah nekad tak akan tanggalkan pakaian isteri Rasulullah saw ni . Haa ! Selesa dengan cara macam ni . Tapi jalan tu kadang ² ada lahh sikit , macam laju terlebih pulak . Haha .
So ukhti , adik ² sayang . Nak berubah ni jangan banyak alasan . Tak payah ambik port ape orang nak cakap . Memang kita ada perasaan , kita rase sedih bila orang cakap itu ini . tapi jangan ambil hati sangat . Buang jejauh . Nekad dalam diri , untuk dapatkan yang terbaik . Yang jahat buleh jadi baik . " Yang perangai macam lelaki tadi , dah bertukar jadi MUSLIMAH " Hahaha . Hebatkan ? Buktikan yang kita mampu mengubahnya dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt .. InsyaAllah 

Syukran , kerana sudi membaca

 Aku masih cuba untuk perbaiki diri , menjadi seorang Muslimah Sejati . Dengan Izin Allah
Ikhlas dari aku : NinaYayaa .

No comments:

Post a Comment