Sunday, March 2, 2014


Muslimah sayang . " Jangan Takut Untuk Berhijrah " , kadang - kadang kita bukannya tak terlintas di hati nak sangat perbaiki diri kita , nak sangat nak jadi lebih dekat dengan Allah . Niat tu sudah ada , rasa keinginan tu dah ada , tapi kita macam tak ada kekuatan untuk ke arah tu , tak ada keberanian . Mungkin sebab tak yakin dengan diri , mungkin juga takut dengan orang sekeliling . Selagi kita tak ambil apa - apa tindakan , tak paksa diri kita untuk buat , selagi itu niat baik kita akan tertangguh . So jangan berlengah , start from now .

"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang itu bagus, maka dia berjaya. Tetapi jika sembahyang itu rosak, maka dia rugi. Sekira ada apa-apa kekurangan didalam kewajipannya(solat) maka Allah Azza Wajal mengatakan:- Perhatikan apakah hamba aku mempunyai sembahyang sunat yang boleh dia menyempurnakan kekurangannya didalam solat fardu.Segala amalannya yang lain akan diadili seperti itu. " ( Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, Al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad)

Pesanan saya : Jangan takut untuk berhijrah tetapi takutlah jika kamu sudah tidak dikurniakan masa untuk berhijrah dan bertaubat kepada Allah. Ingat ! Allah sentiasa bersama kita  


No comments:

Post a Comment