WANITA YANG PENYABAR ADALAH WANITA YANG CANTIK
Wanita yang Sabar, adalah wanita yang sangat Cantik :)
Kita (Muslimah) antara sedar atau tidak, Sabar ialah petua
kecantikan bagi seorang wanita. Tak percaya? Bukan lahir dari kata-kata
manusia, bahkan Allah yang Maha Agung telah pun memuji sifat ini dan mengaitkannya
dengan nilai keindahan dan kecantikan.
"Maka sabar itu indah.." (Surah Yusuf, ayat 18
& 83)
"Maka sabarlah dengan sabar yang indah" (Surah
al-Ma'arij, ayat 5)
Nabi Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam juga pernah menyatakan
dalam sebuah hadith Riwayat Imam Muslim, maksudnya : "Sabar itu cahaya
yang memancar terang".
Alangkah cantiknya cahaya yang bersinar terang. Dengan
cahaya yang terang itulah, kecantikan dapat dilihat dengan lebih jelas. Hari
ini, ramai yang ingin cantik dab dilihat cantik. Buktinya, ramai pengusaha
Kosmetik yabg sudah jadi jutawan, kan..? :)
Marilah kita imbas semula, ramai jelitawan yang kita temui
tapi melihatkan akhlaknya yang (maaf kata), sombong, mudah melenting, detik itu
jugalah lunturnya nilai kecantikan fizikal yang dimiliki. Mungkin, ada saja
yang akan berkata : "harap muka saja cantik, tapi ♥ dia Allah saja yang tahu betapa hodohnya !"
Berbeza dengan orang yang sederhana saja paras rupanya,
walaupun tidak secantik jelitawan yang ada, tapi dia sabar menerima sebarang
bentuk ujian dari Allah, malah dia kelihatan lebih tenang, indah dan cantik,
bukan setakat untuk ditatap, bahkan Cantiknya dia adalah untuk diteladani,
Tenangnya adalah untuk didampingi, dan Indahnya dia adalah untuk dihayati.
So, untuk semua Muslimah, selamat menjadi Muslimah yang
Cantik dengan maksimumkan sifat Sabar dalam diri. ^^
No comments:
Post a Comment