SUAMI TAAT PADA ISTERI
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda,
"jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai
rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada
isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya,
munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan,
orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya,
munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak)
dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu
berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan
pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan
yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi)
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "Akan
datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang
yang memegang bara api." (HR Tirmidzi)
Hadis di atas menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari
sebagai ujian, musibah dan kesempitan kepada kaum muslimin sehingga mereka
menyembunyikan agama atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan
bahawa sekarang ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk
menjalankan pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap
agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari setiap
masyarakat yang sesat.
Setiap kali cubaan dan musibah bertambah, manusia semakin
jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman manusia hanya untuk dunia dan sedikit
sekali dari mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW.
Ditanya tentang kiamat. Lalu, beliau bersabda, "Ilmunya hanya ada pada
Tuhanku. Waktunya tidak jelas kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi,
aku beritahukan kepada kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat
itu. Sungguh, menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. "Mereka
berkata," Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa
haraj itu? "Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi," Pembunuhan
dan keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia
membunuh orang lain. "(HR Ahmad)
Saya membayangkan bahawa turunnya hadis ini disebabkan oleh
terjadinya banyak kebodohan dan keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian
kaum muslimin, lemahnya tali persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak
terdapat lagi orang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi
ukhuwah islamiah.
Keingkaran seperti ini akan terus bertambah setiap kali kita
makin dekat dengan kiamat. Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang
tanda-tanda tersebut dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada
perkataan-perkataan dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti
perkataan sebahagian manusia, "Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan
adalah perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat
dan cinta." Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita.
No comments:
Post a Comment