Monday, January 12, 2015

Assalamualaikum wbt .

Bismillah -- Alhamdulillah .

Amboih ha , dah lama rasenye tak ngapdate blog .

Apa khabar iman sahabiah sekalian ? harus mantap ya !

Alhamdulillah , sekarang dah masuk tahun baru 2015 .
Allah masih panjangkan umur , masih memberi peluang untuk kita kembali kepada fitrah mencari keredhaanNya . Allahu Allah !

Sebenarnya , mata ni dah mengantuk time upgrade fanpage . tapi sekarang rasa segar pula , hahahaha . adik play radio ~ so lagu lagu jiwang pun mula lah kann .

Nanti , singgah la fanpage kita ya : https://www.facebook.com/pages/NinaYayaa-Collections/304430746400645


Instagram pun ada : instagram.com/ninayayaa


Cehhhh ! promote pulak kan . hahaha .

Jumlah , dah lewat ni . saje la merepek sat kat blog ni .
bagi lenguh jari sikit , then jum tidur .

I miss you rosessssssssss !


Sunday, November 2, 2014

Assalamualaikum wbt .

Hmm . ramai yang tanya saya kenapa berniqab . kadang malas dah nak mejawab .



1- bila berniqab saya merasakan Allah SWT sangat dekat dengan saya.. Bukan bermaksud bila tidak berniqab Allah SWT jauh.. Tapi itulah yang saya rasakan bila berniqab. Perasaan sentiasa di lindungi oleh Allah SWT.
2- kerna saya telah jatuh cinta.. Jatuh cinta dengan usaha iman dan amal.. Seseorang pernah berkata kepada saya, hidayat akan sampai dalam hati kita apabila kita cintai kebaikan dan kesolehan yang terpancar pada diri orang lain. Macam mana tu? Sepanjang mengenal usaha iman dan amal kebanyakkan karkunah (Allah muliakan mereka)berniqab. Hidup sahabiah menjadi ikutan mereka dan mereka mencontohi kehidupan isteri Nabi Muhammad SAW dan isteri para sahabat. insyaAllah..
3- bila berniqab rasa lebih selamat, kerna pakaian kita melambangkan peribadi kita. Orang mengenali kita dengan cara penampilan kita. 

4- berniqab bukan kerna saya perasan cantik atau lawa apatah lagi ingin kelihatan cantik apabila menyembunyikan wajah. sebaliknya satu-satunya niatnya hanya kerna Allah SWT.
5- apabila kita berniqab, secara drastiknya tingkah laku dan percakapan kita berubah. Kita akan lebih berjaga-jaga dan malu untuk melakukan perkara yang tidak manis di pandang orang. Bukan bermakna hipokrit.. cuba lakukan dan alami sendiri.. 

6- hendak menarik hidayat dari Allah, kita perlu lakukan perkara yang Allah sukai.. Allah perintahkan lindungi aurat dan hijabkan diri serta jaga pandangan... insyaAllah...
ada lagi jawapan yang menjadi rahsia saya.. 
- Nina Yayaa -


Saturday, November 1, 2014


SUAMI TAAT PADA ISTERI 




Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi)

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang yang memegang bara api." (HR Tirmidzi)

Hadis di atas menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari sebagai ujian, musibah dan kesempitan kepada kaum muslimin sehingga mereka menyembunyikan agama atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan bahawa sekarang ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk menjalankan pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari setiap masyarakat yang sesat.

Setiap kali cubaan dan musibah bertambah, manusia semakin jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman manusia hanya untuk dunia dan sedikit sekali dari mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya.

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW. Ditanya tentang kiamat. Lalu, beliau bersabda, "Ilmunya hanya ada pada Tuhanku. Waktunya tidak jelas kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi, aku beritahukan kepada kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat itu. Sungguh, menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. "Mereka berkata," Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa haraj itu? "Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi," Pembunuhan dan keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia membunuh orang lain. "(HR Ahmad)

Saya membayangkan bahawa turunnya hadis ini disebabkan oleh terjadinya banyak kebodohan dan keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian kaum muslimin, lemahnya tali persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak terdapat lagi orang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi ukhuwah islamiah.

Keingkaran seperti ini akan terus bertambah setiap kali kita makin dekat dengan kiamat. Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang tanda-tanda tersebut dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada perkataan-perkataan dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti perkataan sebahagian manusia, "Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan adalah perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat dan cinta." Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita.


PERINGATAN BAGI YANG LUPA - FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN


Bismillah - Alhamdulillah . 

10 AYAT SURAH AL-KAHFI - DOA PERLINDUNGAN DARIPADA FITNAH DAN DAJJAL

Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)  


10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI

Pada lafaz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadis hasan.”

Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

 10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI

Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.  Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 


DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM

Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”



Friday, October 31, 2014

Assalamualaikum wbt.  Hai.  Alhamdullilah. Bertemu lagi pada hari ini ya.  ��

Alhamdullilah.  Sis nana ni baru je mendirikan rumah tangga. Dalam beberapa bulan juga la. Nina pun tak sure lah  berapa bulan dah. Hehehe . Nina suka dan respect cara sis ni.  Dia langsung tak membebankan suami dia tau.  Dia minta yang WAJIB je. Ya Allah!  Ya Allah!  Ya Allah!   Subhanallah ! Semoga Allah memberkati pasangan ini. 
                Alhamdullilah.  Ni gambar pasangan pengantin. After akad nikah. 




                                            PRAY 4 GAZA |PALESTINE.



                            
Alhamdullilah . Sejuk mata memandang!  Indahnya bila dah halal kan.
Terimakasih sis nana. Izinkan nina copy gambar ni semua. Buleh buat kenangan InsyaAllah.

Maaf sangat sebab tak dapat hadir. Hanya mampu mendoakan kalian dari jauh.  InsyaAllah . 
Assalamualaikum wbt.
Alhamdullilah. Nina baru install whatsapp plus. Seronok sangat. Actually, dah lama nak install tapi tak reti.  Hahahah.
Tadi, tanya kawan.
Dia suruh download dekat Google.
Haihhh. Tak faham. Hehehe
At last, tengok dekat blog sorang sis ni.
Nina ikut je, apa yang dia tulis kat situ.
Alhamdullilah. Buleh. Hihihi .

Cara-cara nak install WhatApp Plus:
** Download dulu sini: http://whatsapp-plus.net/download.php (sehingga selesai download biarkan sekejap)

** Pergi kat setting whatapps yg lama pastu cari chat setting, tekan backup conversation 2-3 kali. (so takde isu chat yang lama hilang, bila donlod yang baru automatik dia akan sync balik semua chat yang dah di backup...)

** Then uninstall whatapp lama.

** Pergi dekat yg whatsapp+ yg dah download tadi & install.

** Ikut arahan yg diberikan semasa install.

**Whatapps anda yg lama akan bertukar menjadi Whatapp+ yang baru!




                                      Apa kelebihan WhatsApp+?

Banyak emoticon baru.. Boleh hantar music.. Boleh tukar layout/theme WhatsApp (unique) berbanding WhatsApp biasa..

Size file hantar lebih besar sampai 50MB..!!!
Tapi.. Setakat ni hanya support Android phone sahaja.. IPhone dia tak buat lagi.. kikiki.. :P

Ni adalah full list additional new emoticons yang ada dalam Whatsapp Plus. hahah. menarik kan kan kan kan?? All your emotions and feelings can be expressed without limitation


SELAMAT MENCUBA ! 



OH TUHAN , WALAUPUN AKU MALU 

Bismillah wa Alhamdulillah..

… Kerana takutkan neraka, menyebabkan kita tidak malu meminta Syurga. Tapi mengapa masih tidak malu berbuat dosa …

إِذاَ وَقَعَ مِنْكَ ذَنْبٌ فَلاَ يَكُنْ سَبَباً لِيَأْسِكَ مِنْ حُصُوْلِ اْلاِسْتِقاَمه مَعَ رَبِّكَ ، فَقَدُ يَكُوْنُ ذَلِكَ آخِرَ ذَنْبٍ قُدِّرَ عَلَيْكَ

Jika engkau terjatuh pada dosa, janganlah hal itu membuatmu berputus asa untuk terus istiqamah bersama Tuhanmu. Sebab, bisa jadi itulah dosa terakhir yang ditetapkan atasmu”  - [Ibnu Atha’illah : Kitab al-Hikam, Hikmah 18]

Mengenangkan dosa hari ini.. semalam.. dan hari-hari yang telah berlalu, di tambah tolakkan, alangkah banyaknya. Tetapi dengan dosa yang semakin menimbun, Allah ar-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang sudah banyak melakukan dosa. Bahkan, Allah yang bersifat ar-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui manusia lainnya.

Ya, harus di insafi. Manusia itu bukanlah Malaikat yang tidak pernah melakukan kesalahan melainkan sentiasa beribadah kepada Allah. Manusia itu juga bukan Nabi mahupun Rasul yang dipelihara (Ma’sum) dari melakukan segala dosa. Tanyalah kepada sahabat anda ; apakah ada manusia di atas muka bumi ini yang tidak melakukan dosa? Pasti jawapannya : “tidak ada yang terlepas darinya.. bagaimana tinggi sekalipun kedudukannya”


# Ibroh dari Kisah Nabi Adam A.S.

Sifat mulia yang boleh dipelajari dari sirah Nabi Adam A.S. ini ialah mengakui kesalahan dan sedia menerima implikasi dari kesalahan yang telah dilakukan. Perlu diingatkan, bahawa kesalahan yang terjadi adalah tidak disengajakan. Nabi Adam A.S. - manusia pertama yang bertaubat. Sebagai manusia (sebelum diangkat menjadi Nabi) yang telah melakukan dosa dengan memakan buah dari pohon yang dilarang Allah untuk mendekati (memakan) buahnya (al-Baqarah : 35). Namun, dengan segera Nabi Adam bertaubat dan Allah SWT pun menerima taubatnya.

Secara dasarnya, segala perbuatan yang dilakukan di dalam keadaan terlupa tidak dianggap sebagai dosa dan maksiat. Menurut Hamka di dalam Tafsir al-Azhar ; “Dia (Adam) lupa, dan Allah membuktikan tidak terdapat padanya kesengajaan bagi melanggar perintah. Dia jujur tetapi terbujuk, dia tertipu dan dirayu oleh mulut manis dan waswas yang dimasukkan iblis, musuhnya. Walaupun Allah peringatkannya mengenai bahaya iblis, sebagai seorang yang beriman, Nabi Adam terlalu jujur. Kejujurannya itu yang menyebabkan dia tertipu.”

Nabi Adam A.S. telah melakukan dosa, anak keturunannya pun juga akan mengikutinya. Rasulullah S.A.W. pernah bercerita tentang kisah Nabi Adam ;

فَجَحَدَ آدَمُ فَجَحَدَتْ ذُرِّيَّتُهُ وَنَسِىَ آدَمُ فَنَسِيَتْ ذُرِّيَّتُهُ وَخَطِئَ آدَمُ فَخَطِئَتْ ذُرِّيَّتُهُ

Adam telah melanggar larangan Allah, maka anak keturunannya pun juga akan melanggar larangan Allah. Adam telah lupa, maka anak keturunannya pun juga akan lupa. Adam telah berbuat dosa, maka anak keturunannya pun juga berbuat dosa” (HR. Tirmidzi, hasan shahih)

Bisikan syaitan senantiasa dihembus-hembuskan di telinga anak Adam. Jeratan syubhat dan rayuan syahwat senantiasa membayangi setiap langkah kehidupan manusia. Hingga tidak akan ada susuk manusia yang suci dari dosa dan kesalahan. Bahkan dosa sudah menjadi watak dan tabiat manusia.

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللَّهُ بِكُمْ وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ لَهُمْ

Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mengganti kalian dengan mendatangkan suatu kaum yang kemudian kaum tersebut berbuat dosa, kemudian mereka meminta ampun kepada Allah, dan Allah akan mengampuni mereka” (HR. Muslim)

Tabiat manusia itu… pasti tidak akan terlepas dari berbuat dosa. Bahkan, manusia itu.. jika tidak selalu di ingati, pasti akan lebih mendekat kepada dosa daripada istiqomah. Rasulullah bersabda,

كل بنى ءادم الخطاءين وخير الخطاءين التوبين

Setiap anak Adam adalah bersalah dan sebaik-baiknya orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang mau bertaubat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Di dalam Riwayat yang lain, Rasulullah bersabda, mafhumnya : “Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan dosa, maka akan terjadi bintik hitam didalam hatinya. Jika ia bertaubat dan melepaskan dosa tersebut serta beristighfar, maka hatinya akan dibersihkan. Namun, jika ia menambah dosanya, maka bintik hitam tersebutpun akan bertambah hingga menutupi hatinya” (H.R.Bukhari)

Tidak terbayangkan bagaimana keadaan bumi ini, seandainya Allah SWT membalas setiap dosa yang diperbuat oleh manusia saat ini dengan hukuman secara langsung dari-Nya. Sebagaimana Allah telah menenggelamkan kaumnya Nabi Nuh A.S. Demikian pula Allah telah kirimkan angin kepada kaum ‘Aad, begitu juga apabila Allah telah balikkan bumi ini dan Allah kirimkan bebatuan kepada kaum Nabi Luth A.S. Sungguh, betapa besar kasih sayang Allah Ta’ala kepada umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.


# Ayuh! Muhasabahkan DOSA kita

Analoginya : seorang peniaga yang mahu mengira untung rugi syarikatnya. Seorang peniaga sangat digalakkan untuk menghitung jumlah kerugian yang dialami, kerana hanya dengan melihat semula kerugiannya, pasti akan hadir perasaan dalam dirinya untuk meningkatkan lagi perniagaannya pada masa akan datang. Malah segala kesalahan dalam teknik perniagaannya sebelum ini akan segera dibaiki dan dibetulkan supaya tidak berulang pada masa akan datang.

Dan apabila seorang peniaga yang hanya melihat keuntungannya sahaja, bimbang dia akan tenggelam dalam keadaan selesa dan lupa untuk meningkatkan perniagaannya. Begitu jugalah kita yang sedang berurus niaga dengan Allah. Pasti tidak akan terlepas dari situasi tersebut. Antara untung dan rugi. Pahala itulah keuntungan kita. Dosa pula kerugian kita. Bezanya Cuma, kerugian perniagaan syarikat hanya di dunia, tetapi kerugian berniaga dengan Allah, kesannya akan tampak di akhirat.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan kita sebagai manusia, perlu gali hikmah yang tersembunyi. Ada hikmahnya mengapa Allah mentakdirkan kita melakukan sesuatu kesalahan. Antara lain ialah Dia ingin menguji sejauh manakah teguhnya keimanan kita kepada sifat Kasih dan Sayang-Nya. Juga ditakdirkan-Nya kita melakukan kesalahan adalah untuk memberi keinsafan kepada diri kita akan betapa lemahnya kita untuk melakukan sesuatu kebaikan dan mengelakkan sesuatu kesalahan tanpa rahmat-Nya. Sebab itulah kita tidak perlu merasa angkuh apabila berjaya melaksanakan sesuatu kebaikan. Sebaliknya hendaklah sentiasa bersyukur kepada-Nya dan berdoa agar Dia sentiasa memberikan kekuatan kepada kita untuk terus berada dalam kebaikan dan jauh daripada sebarang perlakuan yang mungkar.


# Mahu berubah.. Biar kerana Allah.

Pasakkan dalam diri bahawa perubahan itu adalah kerana Allah dan semata-mata mahukan keredhaan-Nya. Sama sekali bukan kerana manusia atau material yang lain. Perbaiki dan perhalusi niat. Sekiranya kita berubah dengan niat yang tidak betul, maka tersangatlah mudah untuk Syaitan menghancurkan keazaman kita. Berubah kerana manusia, kerana merajuk, kerana kecil hati, kerana mahu perhatian dan pelbagai bentuk ‘kerana’ yang lain di mana kesemuanya tidak berpaksikan ‘kerana Allah’. Jika mahu berubah meninggalkan maksiat atau mahu berubah menjadi baik – dengan niat kerana Allah, maka sekalipun didatangi dengan godaan yang kita tidak sangka, maka kita tetap akan bertahan dengan prinsip perubahan tersebut kerana niat asal kita adalah kerana Allah.

Berhati-hati kerana Syaitan tidak pernah rehat dalam merealisasikan misi dan visi mereka. Godaan Syaitan itu adakalanya tidak datang dalam bentuk yang kita duga. Kadang-kadang, perkara duniawi yang kita sangat mahukan sebelum berubah , itulah yang akan mendatangi kita dengan mudahnya selepas kita berubah. Ketika kita mengejar kenikmatan dunia, ia lari dengan begitu pantas meninggalkan kita. Namun ketika kita berpaling mahu mengejar akhirat, ketika itulah dunia itu pula berlari pantas mengejar kita.

Apabila kamu berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan menguji kamu, untuk melihat sejauh mana kamu IKHLAS untuk berubah” Inilah konsep yang harus kita fahami jika kita benar-benar mahu berubah, agar nantinya kita tidak goyah dengan suntikan nikmat daripada Syaitan.

Firman Allah SWT, mafhumnya :

..dan Syaitan menghiasi amal perbuatan mereka, lalu mereka terpesong dari jalan yang benar dalam keadaan mereka tidak diberi hidayah “


# Lihatlah Orang-orang Soleh Terdahulu…

Sombongnya kita seandainya masih enggan bertaubat kepada Allah. Lihatlah kepada penghulu orang soleh ; Rasulullah S.A.W, manusia yang paling bertaqwa kepada Allah, manusia yang telah diampuni dosanya, baik yang telah lalu atau yang akan datang, manusia yang telah dijanjikan kepadanya Syurga dengan berbagai kenikmatannya. Namun bersama dengan itu, Baginda adalah manusia yang senantiasa memohon ampunan kepada-Nya.

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari 70 kali” (HR. Bukhari dari Sahabat Abu Hurairah)

Siapa di antara kita yang tidak mengenali Saidina Abu Bakr As Shiddiq R.A.? Manusia terbaik setelah Rasulullah S.A.W.. Dengan segenap kebesaran yang di milikinya, beliau mengatakan kepada Rasulullah S.A.W. ; “Wahai Rasulullah, ajarkan kepada diriku sebuah doa,  yang doa tersebut akan aku baca dalam setiap solatku”, Rasulullah mengatakan, ”Katakanlah, Allahuma inni dzolamtu nafsi dzulman kabiran laa yaghfiru dzunuba illa anta, faghfirli maghfiratan min ‘indika, innaka anta alghafur ar rahim” (Ya Allah, sungguh aku telah mendzalimi diriku sendiri, dengan kedzaliman yang sangat besar, tidak ada yang boleh mengampuni diriku melainkan Engkau, maka ampunilah diriku dengan ampunan dari sisi-Mu, dan sayangilah diriku, sungguh Engkau adalah Dzat yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang) (HR. Bukhari-Muslim)

Hasan Al-Bashri rhm juga pernah berkata ; “Sungguh sifat seorang mukmin adalah mengumpulkan antara amalan baik (soleh) dan rasa takut (kepada Allah Ta’ala seandainya amalan tersebut tidak diterima), sedangkan sifat orang munafik adalah mengumpulkan antara amalah buruk (kemaksiatan) dan rasa aman (dari siksa dan ancaman Allah)”. (dikutip dari Tsamaratul Ilmi Al Amalu karya Syaikh Abdurrazzaq al-Badr)


# Kesempatan sentiasa  Ada.

Keampunan Allah sentiasa mendahului murka-Nya. Salah satu bukti kasih sayang Allah Ta’ala kepada hamba-Nya, Allah membuka pintu ampunan dan taubat bagi seluruh hamba-Nya, seperti mana yang termaktub dalam al-Furqan :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah, wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri-diri mereka sendiri, Janganlah kalian putus asa terhadap rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa, sungguh Dialah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Az Zumar : 53)

Allah SWT mengampuni setiap dosa seorang hamba, jika hamba tersebut bertaubat kepada Allah, dengan taubat yang hakiki. Bahkan, Allah Ta’ala mengampuni dosa yang paling besar sekalipun, yaitu dosa syirik, selama orang tersebut ikhlas bertaubat kepada Allah. Bukankah para Sahabat R.Anhum, dahulunya adalah orang-orang yang tenggelam dalam lumpur kemusyrikan, tenggelam dalam kubangan dosa dan kemaksiatan. Namun, dengan sebab taubat mereka, Allah SWT pun mengangkat kedudukan mereka.

Dicatatkan dalam sebuah hadith Qudsi, Allah berfirman, mafhumnya ; "Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.

Semakin bertumpuk dosa yang dilakukan, seiring dengan itu akan semakin gelap hati si manusia, hingga hatinya menjumpai kebinasaan. Inilah sebesar-besar kecelakaan dan musibah, wal‘iyadzubillah! Apabila hati sudah binasa, apa lagi yang bisa kita harapkan dari kehidupan ini? Sedangkan kehidupan yang hakiki tidak lain adalah kehidupan di sana nanti.  Nas’alullaha al ‘afiyah…

Allah SWT berfirman ;

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Bersegeralah menuju ampunan dari Rabb kalian dan menuju Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang dipersiapkan bagi orang-orang yang beriman” (QS. Ali ‘Imran : 133).


# Allah… walau aku malu..

Berteleku di malam hari, merasakan diri lebih terasa dekat dengan Ilahi. Allah.. terima kasih. Rasa lapang sekali. Tanpa kesibukan, kurang pergerakan. Melihatkan mereka yang lain juga kaku.. dalam dzikir dan fikir. Terdengar dengusan helaan nafas bersama rintihan esakan tangisan.. perlahan.. bersama-sama dengan alunan al-Quran ibarat melodi yang sangat mengasyikkan.

Sesah akal ku ya Rahman, palu akal ini ya Rahim, dengan belantan indzar dan tazkirah-Mu. Kembalikanlah biduk akal ku ke pelabuhan takdir-Mu. Hati dan jiwa sudah letih belayar tanpa arah yang nyata. Dalam sujud dan rukuk hamba penuh noda, aku hamparkan aib dan dosa. Tanpa aku mengadu, Engkau bahkan lebih Tahu. Hanya itu wadah untuk aku menyerah, kerna aku hanya ‘abdul Allah.. Dalam pasrah.. aku kalah!

Berbekalkan harapan, benteng terakhir hanya rasa tidak berputus asa. Dalam rasa malu, takut dan harap, aku gagahi dan beranikan diri untuk meminta. Dalam deraian tangisan dan rintihan, ku catatkan gugusan permintaan. Melalui puisi hati. pena menari mencari makna, kata-kata hanya berpandukan rasa.

Sekali lagi ya Rahman, ya Rahim.. walau malu, aku tetap meminta Syurga.

Teruskan langkah menuju pengampunan dan redha-Nya. Tinggalkan segala bisikan Syaitan yang sentiasa berusaha memalingkan hati, fikiran dan harapan untuk memburu kasih-sayang dan pengampunan-Nya. Percayalah kasih dan sayang Allah tidak akan pernah bernoktah sampai bila-bila. Tadahkan tangan di hadapan-Nya, mohonlah keampunan-Nya, pasti Dia tersenyum melihat kita yang sedang menagih simpati-Nya





_ semoga Syurga.. adalah sebaik-baik pengakhiran buat kita semua _